Pemimpin UMNO Johor: Muhyiddin perlu berhenti ‘ke sana ke sini’ cari sokongan

Nur Jazlan berkata, Muhyiddin perlu menerima hakikat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Perikatan Nasional berada dalam keadaan amat rapuh. Sumber (gambar): Malaysiakini

ڤميمڤين امنو جوهر: محي الدين ڤرلو برهنتي ءك سان ك سينيء چاري سوكوڠن

Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berhenti “ke sana ke sini” bagi meraih sokongan ahli-ahli Parlimen sebelum perbentangan belanjawan Oktober depan.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Johor itu mendakwa Muhyiddin kini sedang membuat rundingan supaya parti yang dipimpinnya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) terus kekal berkuasa sehingga tamat tempoh mandat.

“Beliau (Muhyiddin) sibuk nak ke sana ke sini dan mengemukakan bermacam cadangan supaya ahli-ahli parlimen termasuk dari blok pembangkang memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpin ketika pembentangan bajet (belanjawan).

“Dia juga sedaya upaya nak bertahan sampai habis penggalnya. Saya nak tanya, sampai bila Muhyiddin nak ke sana ke sini dan berapa lama dia dapat bertahan dalam sebuah kerajaan yang tak stabil hari ini?” Jazlan dilaporakan sebagai berkata.


PETALING JAYA: Datuk Nur Jazlan Mohamed hari ini menasihati Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya berhenti “ke sana ke sini” bagi meraih sokongan ahli-ahli Parlimen sebelum perbentangan belanjawan Oktober depan.

Menurut sebuah portal berita, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Johor itu mendakwa Muhyiddin kini sedang membuat rundingan supaya parti yang dipimpinnya, Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) terus kekal berkuasa sehingga tamat tempoh mandat.




Nur Jazlan menambah, Muhyiddin perlu menerima hakikat bahawa Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Perikatan Nasional berada dalam keadaan amat rapuh.

“Beliau (Muhyiddin) sibuk nak ke sana ke sini dan mengemukakan bermacam cadangan supaya ahli-ahli parlimen termasuk dari blok pembangkang memberi sokongan kepada kerajaan yang dipimpin ketika pembentangan bajet (belanjawan).

“Dia juga sedaya upaya nak bertahan sampai habis penggalnya. Saya nak tanya, sampai bila Muhyiddin nak ke sana ke sini dan berapa lama dia dapat bertahan dalam sebuah kerajaan yang tak stabil hari ini?” Jazlan dilaporakan sebagai berkata.

Muhyiddin dijadualkan ke Sabah bagi mengadakan pertemuan dengan pemimpin PPBM negeri berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung.

Berdasarkan jadual yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri (PMO) selain bertemu pemimpin Bersatu Sabah, Muhyiddin juga dijangka penjawat awam dan pemimpin masyarakat.

Ia adalah lawatan pertama beliau ke Sabah selepas memegang jawatan sebagai perdana menteri.

Dalam pada itu, Nur Jazlan yang juga Ketua Umno Pulai berkata Muhyiddin mempunyai pilihan dengan mengadakan pilihan raya umum (PRU) secepat mungkin bagi mendapat mandat baru lebih kukuh.

Loading...

“Muhyiddin patut membuka mindanya dan meneliti cadangan daripada Presiden Umno serta PAS yang meminta PRU15 diadakan dalam masa terdekat.

“Dengan kekuatan Muafakat Nasional (MN) dan PN ketika ini saya percaya kita boleh menang dengan majoriti lebih kukuh,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...