Pemimpin UMNO lawat kawasan Pakatan Harapan, hadap Sultan Johor cetus spekulasi PRN Johor

Khabar angin berhubung PRN Johor timbul tidak lama sejurus kematian ADUN Kempas, Osman Sapian, daripada Bersatu pada 21 Dis lalu. Pemergian Osman menyebabkan kerajaan negeri memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi majoriti di DUN Johor. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين امنو لاوت كاوسن ڤاكتن هارڤن، هادڤ سلطان جوهر چتوس سڤيكولاسي ڤرن جوهر

Tanda-tanda kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan tidak lama lagi bertiup kencang selepas Naib Presiden Umno, Khaled Nordin mengunjungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya semalam.

Spekulasi itu bertambah hangat selepas Khaled berkongsi gambar bersama Sultan Johor, ketika beliau menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam di Facebooknya.

Dalam pada itu, Khaled menafikan motif terselindung dalam perkongsian gambar dirinya bersama Sultan Johor di media sosial semalam.

“Sebaliknya, ia sekadar perjumpaan biasa dengan baginda Tuanku Sultan Ibrahim bagi membincangkan isu negeri, termasuk banjir,” katanya menurut laporan Sinar Harian.


PETALING JAYA: Tanda-tanda kemungkinan pilihan raya negeri (PRN) Johor diadakan tidak lama lagi bertiup kencang selepas Naib Presiden Umno, Khaled Nordin mengunjungi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor Jaya semalam.

Spekulasi itu bertambah hangat selepas Khaled berkongsi gambar bersama Sultan Johor, ketika beliau menghadap Sultan Ibrahim Sultan Iskandar semalam di Facebooknya.




Dalam catatan Facebooknya, Khaled berkata, beliau meninjau persiapan jentera pusat daerah mengundi (PDM) Keembong di DUN Johor Jaya, yang dikuasai pembangkang, Pakatan Harapan (PH).

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net

Walaupun DUN Johor Jaya dikuasai pembangkang, katanya, ahli Umno kekal setia dan bekerja keras untuk memastikan Barisan Nasional (BN) dapat menawan semula kerusi berkenaan.

“Saya juga tekankan kepada MCA bahawa sangat penting mereka bekerja kuat dan memainkan peranan membawa semula pengundi kaum Cina kembali kepada BN,” katanya.

BACA JUGA: KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA

Pada masa sama, Khaled menegaskan kepada ahli parti berhubung pendirian jelas dan tidak berubah Umno melalui BN ketika pilihan raya.

“Umno melalui BN akan bertanding solo dan tidak akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang tidak bersama BN.

“Melalui BN dominan dan kembali mentadbir, kita dapat kembalikan kestabilan dan kesejahteraan kepada rakyat.”

Dalam pada itu, Khaled menafikan motif terselindung dalam perkongsian gambar dirinya bersama Sultan Johor di media sosial semalam.

Loading...

“Sebaliknya, ia sekadar perjumpaan biasa dengan baginda Tuanku Sultan Ibrahim bagi membincangkan isu negeri, termasuk banjir,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Dalam kapsyen yang disertakan bersama gambar itu, pemimpin Umno itu menjunjung kasih kerana diperkenan untuk menghadap Sultan Johor bagi bertanya khabar selepas lama tidak menghadap baginda.

Khabar angin berhubung PRN Johor timbul tidak lama sejurus kematian ADUN Kempas, Osman Sapian, daripada Bersatu pada 21 Dis lalu. Pemergian Osman menyebabkan kerajaan negeri memerintah hanya dengan kelebihan satu kerusi majoriti di DUN Johor.

Sumber:

WAJIB BACA:

KEHANCURAN UMNO SUDAH BERMULA 

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...