Pemimpin UMNO: PPBM ‘dijangka berkubur’ sebab krisis dalaman

Sebelum ini, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan hasrat parti itu bertanding sebanyak 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak. Sumbar (gambar): Fail TTF

ڤميمڤين امنو دعوا ڤڤبم ءدجڠك برقبورء

Perang lidah antara UMNO dan PPBM berhubung agihan kerusi makin memuncak dan dilihat tidak ada jalan penyelesaian. 

Terbaru, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati PPBM, khususnya wakil rakyat yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kemudian melompat ke parti itu supaya tidak bermimpi untuk bertanding di kerusi UMNO.

“Kepimpinan Bersatu Johor pun tak boleh kawal, apatah lagi untuk mengawal keadaan di bahagian. Lepas itu ada hati nak kerusi banyak dan suruh orang UMNO sokong mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mengingatkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar memastikan persidangan dan pemilihan parti Bersatu dijalankan mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mengelakkan parti itu diharamkan.


PETALING JAYA: Perang lidah antara UMNO dan PPBM berhubung agihan kerusi makin memuncak dan dilihat tidak ada jalan penyelesaian.

Terbaru, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed menasihati PPBM, khususnya wakil rakyat yang menang atas tiket Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dan kemudian melompat ke parti itu supaya tidak bermimpi untuk bertanding di kerusi UMNO.




Beliau juga berkata Bersatu dijangka terkubur lebih-lebih lagi apabila berlaku krisis terbaharu melibatkan pembubaran jawatankuasa bahagian dan cawangan Bersatu Sembrong dan Batu Pahat.

“Pemilihan Bersatu sebenarnya akan berlangsung pada September tetapi sekarang masih tak selesai-selesai lagi pemilihan di peringkat bahagian. Nampak sangat Bersatu peringkat bahagian sangat lesu.

“Kepimpinan Bersatu Johor pun tak boleh kawal, apatah lagi untuk mengawal keadaan di bahagian. Lepas itu ada hati nak kerusi banyak dan suruh orang UMNO sokong mereka,” katanya seperti dilapor Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, Nur Jazlan turut mengingatkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainuddin agar memastikan persidangan dan pemilihan parti Bersatu dijalankan mengikut peraturan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) bagi mengelakkan parti itu diharamkan.

“Ini juga supaya Bersatu tidak melalui pengalaman getir UMNO pada tahun 2018 yang pernah diancam untuk diharamkan walaupun patuh kepada peraturan dan prosedur ROS,” katanya.

Sebelum ini, Ketua Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan hasrat parti itu bertanding sebanyak 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kelak.

Kenyataan Hajiji mendapat reaksi daripada pengerusi UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar yang mengisytiharkan bahawa UMNO akan bertanding di 32 kerusi DUN di negeri itu.

Loading...

Kenyataan Hajiji turut mendapat reaksi beberapa pemimpin UMNO lain yang tidak senang dengan pengumumannya.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengecam hasrat Bersatu Sabah dengan menyifatkan kewujudan parti itu hanyalah disebabkan oleh sekumpulan pengkhianat.

“Dia dengan parti dia, kita dengan parti kita. Wujud Bersatu di Sabah kerana kumpulan pembelot. UMNO akan terus dapat sokongan akar umbi,” katanya.

Manakala itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan, meminta Hajiji agar ‘jangan bermimpi’ dan secara sinis turut menyindir Hajiji jika betul mahu bersahabat dengan UMNO, buatlah cara bersahabat.

“Dua perkataan: Jangan mimpi.

“Kita boleh berbincang. Kita boleh berunding.

“UMNO Sabah punyai autonomi menentukan hal calon dan kerusi yang ditandingi. Tetapi kalau sebelum berunding pun Bersatu sudah ghairah mengiklan hasrat bertanding 45 kerusi.

“Itu bukan langkah berlandaskan kebijaksanaan atau keikhlasan,” katanya.

Ini mengundang respons daripada Ketua Bahagian Bersatu Titiwangsa, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, yang berkata kenyataan tidak manis daripada pemimpin UMNO terhadap Bersatu Sabah tidak sepatutnya dilemparkan atas semangat setiakawan.

Wan Ahmad bertegas agar Bersatu Sabah diiktiraf sebagai sebuah blok besar dalam politik tanah air yang berhak melakukan perancangan mereka sendiri sebelum memulakan perbincangan lanjut dengan pimpinan pusat dan rakan-rakan sekutu.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...