Pemimpin UMNO sibuk berdendam pertahan Tajuddin

“Kita dapat melihat dengan jelas politik darjat yang dimainkan oleh kem pro Najib yang memberi tumpuan lebih terhadap ‘politik dendam’ suslan pemecatan Tajuddin tanpa mengendahkan langsung nasib enam penumpang LRT yang dilaporkan kritikal”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤنومڤڠ چدرا ڤاره، تاڤي ڤميمڤين امنو ڤرو-نجيب سيبوق بردندم ڤرتاهن تاجو الدين

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Setiap satu yang dilakukan oleh manusia mesti ada had, perkadaran dan masanya, dan pemimpin politik perlu sentiasa memberi keutamaan kepada isu masyarakat daripada politik, khususnya apabila berlaku kecemasan atau perkara yang memudaratkan.

Malangnya, perkara ini tidak difahami oleh beberapa pemimpin kem Najib, termasuk Datuk Seri Najib Tun Razak sendiri.




Semalam, Najib cuba ‘mempertahankan’ Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan mendakwa mantan pengerusi Prasarana itu mengaku silap dan memohon maaf terhadap perbuatannya.

Perbuatan yang dimaksudkan oleh Najib ialah sidang media yang diadakan oleh Tajuddin di mana beliau berseloroh mengenai pelanggaran itu antaranya mengatakan tren berkenaan ‘bercium’ sesama sendiri.

Tajuddin dikecam oleh netizen kerana bersikap pemalas, tidak bertanggungjawab dan tidak prihatin terhadap kemudaratan mangsa kemalangan LRT membabitkan 200 lebih penumpang.

Semalam, saya menulis:

Datuk Seri Najib Tun Razak tidak perlu menjadi jurucakap Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan seharusnya mendesak pengerusi Prasarana Berhad (Prasarana) itu tampil ke hadapan dan memohon maaf secara terbuka di media.

Tajuddin turut perlu memikul sepenuhnya tanggungjawab atas kemalangan LRT baru-baru ini yang menyebabkan lebih 200 penumpang cedera dengan mengumumkan peletakan jawatannya berkuat kuasa serta merta, bukan hanya bila diarahkan UMNO.

Sebagai pihak yang terlibat secara langsung dengan sistem LRT, Tajuddin seharusnya berada di tempat kejadian atau sekurang-kurangnya hadir di hospital di mana mangsa-mangsa kemalangan ditempatkan tidak kira lambat mana berita kemalangan itu sampa kepadanya.

Loading...

Bukan hanya tindakan Tajuddin amat tidak bertanggungjawab dan ada unsur-unsur ‘kemalasan’, kenyataan bahawa beliau akan datang ‘first thing in the morning’ merupakan kenyataan seorang ahli politik yang tidak berjiwa rakyat dan tidk prihatin.

Najib turut mendakwa bahawa Tajuddin bersetuju untuk meletakkan jawatan sebagai pengerusi Prasarana apabila diarahkan untuk berbuat demikian kelak oleh kepimpinan UMNO.

Saya menulis:

Jika Tajuddin hanya meletakan jawatan setelah mendapat arahan dari UMNO yang ditujukan kepada semua ahli parlimen, ianya menjadi tindakan “meletakan jawatan atas sebab politik,” bukannya kerana rasa tanggungjawab terhadap kemalangan LRT.

Hari ini, Datuk Seri Puad Zakarshi seolah-olah mempertahankan Tajuddin malah bengang dengan tindakan Menteri Kewangan memecat Tajuddin.

Dalam satu kenyataan, Puad menggesa Tajuddin untuk segera mengumumkan penarikan sokongannya terhadap Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana “tidak ada apa-apa yang perlu dinantikan oleh Tajuddin sekarang.”

“Tunggu apa lagi Datuk Tajuddin Abdul Rahman. Kamu sudah dipecat sebagai Pengerusi Prasarana.

“Umum segera tarik sokongan terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya.

Di sini sahaja kita dapat melihat bagaimana kem pro Najib memainkan politik darjat.

Kalau Najib cuba mempertahankan Tajuddin, Puad pula dilihat berdendam sebab seorang pemimpin UMNO hilang jawatan tanpa mengendahkan langsung nasib enam penumpang LRT yang dilaporkan kritikal.

Ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi UMNO Razlan Rafii pula mula menyerang beberapa pemimpin kerajaan atas pelbagai sebab tanpa menegur Tajuddin ataupun menggesa beliau memohon maaf.

Masih tak nampak lagi?

WAJIB BACA: 

Kemalangan LRT: Najib tak usah jadi jurucakap Tajuddin



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...