Pemimpin UMNO tertekan dan terkesan dengan GTA

Khairuddin Abu Hassan

ڤميمڤين امنو ترتكان دان تركسن دڠن ڬتا

Apabila Puad Zarkashi buka mulut dan memberi tindak balas mengenai GTA ianya membawa erti bahawa pemimpin-pemimpin UMNO semakin gementar dengan wadah perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad. Strategi politik Tun Dr Mahathir Mohamad senantiasa digeruni oleh pemimpin-pemimpin UMNO dan mereka selalunya ‘takut pada bayang-bayang’ sendiri.

Bila majoriti daripada pemimpin-pemimpin UMNO melatah ianya memberi satu petanda baik kepada GERAKAN TANAH AIR (GTA) pada realitinya. Pada kelazimannya, sikap pemimpin-pemimpin UMNO akan ‘diam seribu bahasa’ sekiranya sesuatu isu itu tidak memberi kesan kepada mereka.




Bila Puad Zarkashi mula membuka mulutnya mengenai GTA ini membawa erti UMNO amat terkesan dengan GERAKAN TANAH AIR. Puad Zakarshi boleh cakap apa saja kerana itu adalah hak beliau. Tetapi dalam masa yang sama siapa Puad Zakarshi hendak dibandingkan dengan pengalaman luas yang ada pada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekali kalah tidak bererti kita akan kalah selamanya dan sekali gagal pun tidak bererti kita akan gagal buat selamanya juga. Sebenarnya, kami sudah bangkit dan bersedia untuk menghadapi apa saja cabaran masakini GTA telah mendapat sambutan serta reaksi positif dari majoriti orang-orang melayu dan kami amat yakin dapat menarik lebih daripada 25% pengundi atas pagar untuk menyokong GTA pada PRU15 nanti.

Dalam apa jua keadaan majoriti daripada orang-orang melayu serta kaum lain masih yakin dengan mutu kepimpinan bertaraf dunia Tun Dr Mahathir Mohamad.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...