Pemuda AMANAH tolak kerjasama dengan UMNO

Pemuda AMANAH menolak sebarang bentuk kerjasama dengan UMNO. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤمودا أمانه تولق كرجاسام دڠن امنو

Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di beberapa bahagian di Kuala Lumpur didakwa menyokong usaha mengembalikan mandat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian menurut laporan sebuah portal online yang turut berkata, mereka menolak sekiranya kerjasama kerajaan baharu itu bersama-sama dengan pemimpin kleptokrat.

Antara nama pemimpin UMNO ‘kleptokrat’ yang dipetik ialah Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mereka turut mendakwa Pakatan Harapan (PH) harus menolak sokongan daripada mana-mana ahli Parlimen yang bersekongkol dan cuba menjaga kepentingan individu-individu yang terpalit kleptokrasi.


PETALING JAYA: Sayap Pemuda Parti Amanah Negara (Amanah) di beberapa bahagian di Kuala Lumpur didakwa menyokong usaha mengembalikan mandat oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Demikian menurut laporan sebuah portal online yang turut berkata, mereka menolak sekiranya kerjasama kerajaan baharu itu bersama-sama dengan pemimpin kleptokrat.




“Namun begitu, maruah rakyat hanya boleh ditebus melalui kaedah yang bersih, berintegriti dan penuh kebijaksanaan agar prinsip yang dipertahankan sekian lama kekal utuh.

“Dalam kegembiraan meraikan usaha yang tampak makin membuahkan hasil, kami tegas dengan pendirian bahawa tiada ruang harus dibuka untuk berunding dengan rejim kleptokrat terutamanya individu-individu yang masih dalam perbicaraan kes mahkamah,” katanya.

Kenyataan tersebut dikatakan melibatkan semua ketua pemuda AMANAH Lembah Pantai, Batu, Kepong, Bandar Tun Razak dan Bukit Bintang.

Antara nama pemimpin UMNO ‘kleptokrat’ yang dipetik ialah Datuk Seri Najib Razak, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.

Mereka turut mendakwa Pakatan Harapan (PH) harus menolak sokongan daripada mana-mana ahli Parlimen yang bersekongkol dan cuba menjaga kepentingan individu-individu yang terpalit kleptokrasi.

“Tiada kompromi dalam soal prinsip dan integriti. Kami menyeru pimpinan PH untuk duduk bersama dan memperhalusi langkah-langkah strategik dalam membentuk semula kerajaan yang berpaksikan kepentingan rakyat dan bukan atas kepentingan politik individu tertentu,” kata kenyataan yang sama.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...