PEMUDA PPBM (ARMADA) PERAK: PENGKHIANAT SEBENAR KEPADA MAHATHIR IALAH PAKATAN HARAPAN

KENYATAAN MEDIA

Berikut merupakan kenyataan media Bersama Ketua Armada Bersatu Perak dan Ketua-Ketua Armada Bersatu Bahagian Perak:

Armada Bersatu Perak menyokong penuh kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Presiden BERSATU sebagai Perdana Menteri yang memimpin Kerajaan Perikatan Nasional. Armada Bersatu Perak juga menyokong atas segala usaha YAB Tan Sri Presiden Bersatu dalam memperkukuhkan Kerajaan Perikatan Nasional.




Armada Bersatu Perak juga mahu menyatakan bahawa pengkhianat kepada Pengerusi Bersatu Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Pakatan Harapan yang didokongi oleh PKR, DAP dan Amanah bila mana ketika Parti Pribumi Bersatu Malaysia bersama dalam gabungan Pakatan Harapan, kebanyakan pemimpin ketiga-tiga parti ini terutamanya DAP dan PKR tidak berhenti-henti mendesak Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan Perdana Menteri yang disandangnya ketika itu.

Pakatan Harapan juga diperingkat awalnya mencalonkan Anwar bin Ibrahim selaku calon Perdana Menteri namun membuat ‘U Turn’ menyokong kembali Tun Dr Mahathir Mohamad setelah melihat sokongan terhadap Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tidak mencukupi dan amat lemah.

Antara bukti jelas pengkhianatan parti komponen Pakatan Harapan terhadap Bersatu ialah rakaman video seorang ADUN DAP Perak yang membuat rancangan jahat untuk menjatuhkan Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu selaku Menteri Besar Perak yang juga Pengerusi Pakatan Harapan Perak semasa Kerajaan Pakatan Harapan Perak memerintah.

Jesteru itu, Armada Bersatu Perak menolak sebarang usaha pihak tertentu untuk mengadakan kerjasama semula bersama Pakatan Harapan. Armada Bersatu Perak berikrar akan terus bekerja kuat untuk BERSATU dan Kerajaan Perikatan Nasional.

Mohd Hafez Mubin b. Mohd Salleh
Ketua Armada Bersatu
Perak Darul Ridzuan

1.Muhammad Farhan Bin Abdul Rahim
Ketua Armada Bersatu Bahagian Gopeng

2.Mohd Junaidi Bin Abdul Rahman
Ketua Armada Bersatu Bahagian Larut

Loading...

3.Muhammad Amir Asyraf Bin Mohd Arif
Ketua Armada Bersatu Bahagian Kampar

4.Azirul Syafiq Bin Sazali
Ketua Armada Bersatu Bahagian Tanjung Malim

5.Muhammad Aiman Afiq Bin Abdul Majid
Ketua Armada Bersatu Bahagian Pasir Salak

6.Mohd Khairul Zanuar Bin Mohd Khairi
Ketua Armada Bersatu Bahagian Lumut

7.Muhammad Hafiz Bin Abdullah Ishak
Ketua Armada Bersatu Bahagian Kuala Kangsar

8.Muhammad Faizul Bin Mohamed Ismail
Ketua Armada Bersatu Bahagian Teluk Intan

9.Mohamad Azli Bin Alis
Ketua Armada Bersatu Bahagian Bukit Gantang

10.Syed Lukman Hakim Bin Syed Mohd Zin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Padang Rengas

11.Wan Ahmad Ashraff Bin Wan Aminuddin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Ipoh Barat

12.Mohamad Aiminuddin Bin Mohamad Noor
Ketua Armada Bersatu Bahagian Taiping

13.Redzuan Bin Mustakin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Tapah

14.Mohamad Syafiq Bin Mohamad Razkhi
Ketua Armada Bersatu Bahagian Batu Gajah

15.Ahmad Sobree Bin Abas
Ketua Armada Bersatu Bahagian Tambun

16.Abdul Halim Bin Haji Md Nayan
Ketua Armada Bersatu Bahagian Parit Buntar

17.Wan Meor Safwal Naqiuddin Bin Shamsudin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Parit

18.Muhammad Hazim Ikram Bin Mohd Sazali
Ketua Armada Bersatu Bahagian Ipoh Timur

19.Muhamad Hisham Bin Mansor
Ketua Armada Bersatu Bahagian Bagan Serai

20.Mohd Faizal Bin Abdullah Zawawi
Ketua Armada Bersatu Bahagian Bagan Datuk

21.Khairul Azhar Bin Hj. Baharudin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Lenggong

22.Shahrul Arif Bin Jamaluddin
Ketua Armada Bersatu Bahagian Beruas

23.Muhamad Zulfitri Bin Nor Sazali
Naib Ketua Armada Bersatu Bahagian Gerik

*Bersatu Bahagian Sungai Siput tiada Armada Bersatu.



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...