
ڤمودا ڤڤبم بيدس تاكييوددين ايسو ڤلڤاسن ريز عزيز
Pemuda PPBM (ARMADA) semalam bertanya jika kerajaan turut akan melepaskan individu lain dalam kes rasuah berprofil tinggi yang sedang dibicarakan mahkamah jika mereka membayar wang penyelesaian.
“Adakah tindakan ini merupakan gambaran kepada nasib kes-kes perompak lain seperti Najib Razak, Rosmah Mansor, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi, di mana jika mereka berjaya membayar sekian jumlah, mereka dibebaskan tanpa sebarang hukuman yang dilihat sebagai wajar,” soal ARMADA.
Terdahulu, Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata seharusnya tidak bersikap hipokrit berkenaan penyelesaian kes Riza Aziz.
Menurut ARMADA, kenyataan Takiyuddin bahawa pelepasan Riza menurut undang-undang adalah “sangat tidak murni terutama sekali apabila rakyat mula membandingkan dengan kes-kes kecurian lain.”

PETALING JAYA: Pemuda PPBM (ARMADA) semalam bertanya jika kerajaan turut akan melepaskan individu lain dalam kes rasuah berprofil tinggi yang sedang dibicarakan mahkamah jika mereka membayar wang penyelesaian.
Menurut sebuah portal berita, pertanyaan itu susulan keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz daripada pertuduhan yang dihadapinya.
“Adakah tindakan ini merupakan gambaran kepada nasib kes-kes perompak lain seperti Najib Razak, Rosmah Mansor, Azeez Rahim dan Zahid Hamidi, di mana jika mereka berjaya membayar sekian jumlah, mereka dibebaskan tanpa sebarang hukuman yang dilihat sebagai wajar,” soal ARMADA.
Ketua ARMADA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kemudian mempersoalkan bagaimana Riza boleh dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan (DNAA) dengan membayar wang penyelesaian.
Terdahulu, Menteri Undang-undang Takiyuddin Hassan membidas Tun Dr Mahathir Mohamad dengan berkata seharusnya tidak bersikap hipokrit berkenaan penyelesaian kes Riza Aziz.
Menurut Takuyuddin, keutusan Mahkamah bersandar kepada keputusan yang dicapai oleh Peguam Negara dan Timbalan Pendakwaraya pada penghujung 2019.
Walaubagaimanapun, kenyataan Takiyuddin bercanggah dengan penafian yang dibuat oleh Tommy Thomas.
Jumaat lalu, Thomas berkata kenyataan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kononnya beliau bersetuju untuk melepaskan Riza daripada lima tuduhan mengubah wang haram adalah palsu belaka.
Menurut ARMADA, kenyataan Takiyuddin bahawa pelepasan Riza menurut undang-undang adalah “sangat tidak murni terutama sekali apabila rakyat mula membandingkan dengan kes-kes kecurian lain.”
“Kes seperti curi sardin dan tin milo dikenakan tindakan penjara tetapi perompak berbilion duit rakyat Malaysia dilepaskan tanpa sebarang hukuman penjara hanya dengan mengembalikan sekitar 40 peratus jumlah asal yang dituntut Kerajaan Malaysia.
“Armada ingin menteri yang dilihat bertanggungjawab dalam hal undang-undang untuk menerangkan menggunakan prinsip perundangan dan tidak terlalu mempertahankan diri apabila soalan itu bukan hanya datang dari Dr Mahathir Mohamad tetapi juga dari jutaan rakyat Malaysia,” kata Pemuda Bersatu lagi.
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

