Pemuda PPBM kena ‘boo’, Zahid beri amaran ‘jangan main-main dengan BN’

Zahid memberi amaran melada PPBM supaya ‘jangan main-main dengan BN dan MN’. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤمودا ڤڤبم كنا ءبووء، زاهيد بري امران ءجاڠن ماءين-ماءين دڠن بنء

Wakil Pemuda Bersatu (Armada) dilayan dengan cara yang kurang beradab dan kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihan raya kecil ini tengah hari tadi.

Menurut laporan, para hadirin yang terdiri daripada penyokong Barisan Nasional menyorak “boo” apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama PPBM yang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional.

Teruja dengan layanan yang memalukan itu, Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini.

“Kalau mahu berkongsi, berkongsi lah dengan perkongsian benar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan Umno diguna sebagai batu loncatan.

“Jangan main-main dengan BN dan MN.”


PETALING JAYA: Wakil Pemuda Bersatu (Armada) dilayan dengan cara yang kurang beradab dan kurang menyenangkan pada majlis pelancaran jentera Pemuda BN untuk pilihan raya kecil ini tengah hari tadi.

Menurut laporan, para hadirin yang terdiri daripada penyokong Barisan Nasional menyorak “boo” apabila Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyebut nama PPBM yang berhasrat secara rasmi menyertai Muafakat Nasional.




Teruja dengan layanan yang memalukan itu, Zahid memberitahu Armada supaya membuktikan keupayaannya pada PRK ini.

“Pada (PRK) Chini dan Slim, ada Armada Bersatu (hadirin bersorak boo),” katanya ketika berucap.

“Di Slim, buktikan bahawa mereka jujur dan ikhlas,” katanya menegaskan UMNO menyokong Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan PN tetapi mahukan parti dalam gabungan itu menunjukkan keihlasannya.

Demikian laporan sebuah portal berita yang turut memetik Zahid sebagai memberi amaran kepada PPBM.

“Kalau tidak dapat 8,000 atau 6,000 undi, kita harus tanya, apa nilai perkongsian politik dengan mereka.

“Betul kita ada dalam kerajaan, tapi jangan jadikan kita sebagai melukut di tepi gantang.

“Kalau mahu berkongsi, berkongsi lah dengan perkongsian benar. Kita tidak mahu ada agenda di sebalik tabir dan Umno diguna sebagai batu loncatan.

Loading...

“Jangan main-main dengan BN dan MN.

“Bila telah nampak cahaya di hujung terowong makin terang, saya tidak mahu mana-mana pihak, masih hidup atau masih mati, terhegeh-hegeh mahu bersama BN,” katanya

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...