
“Selepas hari selasa depan; insya-Allah dengan izin Allah SWT Anwar Ibrahim akan ‘kuburkan’ dirinya sendiri di kubur politik tanpa nesan”
Khairuddin Abu Hassan
Terbukti kini Anwar Ibrahim sedang menipu dan memperbodohkan keseluruhan rakyat Malaysia.
KDYMM Agong telah mengambil tindakan yang amat bijak apabila bersetuju menerima mengadap Anwar Ibrahim pada hari selasa depan.
Inilah lambang Raja berjiwa rakyat dan tindakan baginda telah menunjukkan secara jelas bahawa pihak istana tidak memihak kepada mana-mana pihak selaras dengan perlembagaan yang berteraskan kepada Raja Berperlembagaan.
Dalam masa yang sama kita memohon serta merafak sembah keatas KDYMM Agong untuk bertindak tegas terhadap Anwar Ibrahim sekiranya ‘perang psikologi’ presiden PKR ini adalah tidak berasas.
Semua yang terbabit dengan Anwar Ibrahim yang mencetuskan suasana mengganggu gugat kestabilan politik mahupun ekonomi negara dikenakan tindakan undang-undang secara tegas.
Penipuan Anwar Ibrahim ini tidak harus dipandang remeh kerana ianya amat merugikan negara khususnya dalam keadaan kita sedang bergelut dengan permasalahan pandemik covid19.
Keseluruhan rakyat sedang melihat serta memerhatikan isu ini secara amat dekat dan mengharapkan pihak istana akan mengambil tindakan tegas terhadap kalangan penipu ini.
Ini bukan kali pertama Anwar Ibrahim melancarkan ‘perang psikologi’ secara tidak berasas.
Perangai buruk dan sikap jahat Anwar Ibrahim ini mesti dihentikan secara total.
Perkara-perkara yang merugikan rakyat serta negara tidak boleh dikompromi sama sekali.
Hakikatnya, Anwar Ibrahim sedang menipu seterusnya cuba meyakinkan ahli-ahli parlimen untuk menyokong tindakan sia-sia beliau.
Anwar Ibrahim ‘manusia berpenyakit’ adalah seorang ‘convincing liar’ yang cuba memerangkap ataupun memancing kalangan ahli-ahli parlimen hingga ke saat terakhir.
Manusia seperti Anwar Ibrahim harus dinyahkan buat selama-lamanya dari lanskap politik tanahair.
Selagi Anwar Ibrahim berpolitik maka selagi itulah keadaan politik negara akan berada dalam keadaaan huru-hara.
Amatlah diharapkan KDYMM Agong akan mengambil satu pendekatan paling tegas untuk menghentikan perbuatan tidak bertanggungjawab Anwar Ibrahim.
Raja dan rakyat berpisah tiada serta rakyat meletakkan sandaran terakhir pada pihak istana bagi menangani agenda jahat Anwar Ibrahim secara terbaik mungkin.
Dalam masa yang sama; Anwar Ibrahim sedang ‘menggali liang lahat’ nya sendiri.
Selepas hari selasa depan; insya-Allah dengan izin Allah SWT Anwar Ibrahim akan ‘kuburkan’ dirinya sendiri di kubur politik tanpa nesan.
Selepas itu Anwar Ibrahim tidak boleh salahkan sesiapa lagi kerana yang bakal mematikan kareer politiknya buat selamanya adalah natijah daripada perbuatannya sendiri.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
