Penangguhan Undi 18 timbulkan kemarahan, mungkin dicabar di mahkamah

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata persiapan bagi pelaksanaan Undi 18 melibatkan sekitar 1.2 juta belia terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤنڠڬوهن اوندي 18 تيمبولكن كمارهن، موڠكين دچابر د محكمه

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pendaftaran Undi 18 dan pemilih automatik hanya akan dilaksanakan selepas September tahun depan menimbulkan kemarahan beberapa pihak, khususnya, personaliti anak muda dan ahli politik belia.

Menurut pengasas bersama gerakan Undi 18, Qyira Yusri, pihaknya berang dengan penangguhan tersebut walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memberitahu bahawa Undi 18 berada di landasan yang betul untuk dilaksanakan menjelang Julai tahun ini.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Muda (Muda) Lim Wei Jiet berkata mereka akan membawa isu penangguhan Undi 18 itu ke mahkamah secepat mungkin.

Lim berkata alasan yang diberikan oleh SPR mengenai PKP sebagai halangan dalam melaksanakan Undi 18 sebagai tidak munasabah dan seolah-olah SPR memperbodohkan orang ramai.


PETALING JAYA: Pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa pendaftaran Undi 18 dan pemilih automatik hanya akan dilaksanakan selepas September tahun depan menimbulkan kemarahan beberapa pihak, khususnya, personaliti anak muda dan ahli politik belia.

Menurut pengasas bersama gerakan Undi 18, Qyira Yusri, pihaknya berang dengan penangguhan tersebut walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memberitahu bahawa Undi 18 berada di landasan yang betul untuk dilaksanakan menjelang Julai tahun ini.




“Tak masuk akal apabila SPR hanya tampil dan sebut mengenai penangguhan  dan cabaran yang dihadapi setelah hampir setengah tahun berdepan pandemik.

“Kami merasa sangat marah dan berpendapat alasan yang diberikan oleh SPR tidak boleh diterima dan tidak masuk akal,” kata Qyira dalam satu kenyataan sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Qyira berkata pihaknya merancang untuk mencabar kerajaan di mahkamah berhubung perkara itu.

SPR dalam satu kenyataan hari ini berkata persiapan bagi pelaksanaan Undi 18 melibatkan sekitar 1.2 juta belia terjejas oleh perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang penularan Covid-19.

Sementara itu, Naib Presiden Parti Muda (Muda) Lim Wei Jiet berkata mereka akan membawa isu penangguhan Undi 18 itu ke mahkamah secepat mungkin.

Lim berkata alasan yang diberikan oleh SPR mengenai PKP sebagai halangan dalam melaksanakan Undi 18 sebagai tidak munasabah dan seolah-olah SPR memperbodohkan orang ramai.

“Ketika PKP dan perisytiharan darurat diumumkan, para pelajar belajar dari rumah, orang ramai harus bekerja untuk bayar pinjaman tetapi agensi kerajaan memberikan alasan kecil mengenai isu birokrasi.

Loading...

“Adakah mereka perlukan lebih dua tahun untuk uruskan proses pendaftaran?” katanya.

Lim berkata Muda melihat penangguhan itu sebagai melanggar hak demokrasi dan bertentangan dengan perlembagaan negara.

“Lebih daripada dua pertiga anggota Parlimen menyokong usul (undi18). Jadi memang benar bahawa kerajaan hari ini takut kepada golongan muda,” katanya.

THE THIRD FORCE

Disunting daripada laporan asal oleh Malaysiakini



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...