
“Jika Ahmad Maslan berjaya dilantik sebagai Timbalan Speaker, ianya menimbulkan risiko mahkamah tertekan untuk membuat keputusan yang memihak kepada Ahmad Maslan kerana pelantikannya dicadangkan oleh Perdana Menteri”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤنچلونن احمد مسلن تيمبولكن شك
Sertai saluran Telegram TTF di sini
Tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri mencadangkan nama Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai calon Timbalan Speaker Dewan Rakyat menimbulkan persoalan samada kerajaan benar-benar ikhlas mempertahankan kebebasan sistem kehakiman.

Ini kerana Ahmad Maslan sedang menghadapi dua tuduhan mahkamah, iaitu gagal mengisytiharkan wang RM2 juta yang diterima daripada Datuk Seri Najib Razak dan memberi pernyataan palsu.
Jika Ahmad Maslan berjaya dilantik sebagai Timbalan Speaker, ianya menimbulkan risiko mahkamah tertekan untuk membuat keputusan yang memihak kepada Ahmad Maslan kerana pelantikannya dicadangkan oleh Perdana Menteri.
BACA JUGA: NAJIB, ZAHID MUNGKIN TIADA PILIHAN LAIN
Saya hairan bagaimana Ismail Sabri tidak memahami risiko ini dan sanggup mencalonkan seorang ahli Kluster Mahkamah yang sendiri pernah mengaku bahawa UMNO tidak puas hati dengan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana meneruskan kes mahkamah terhadap para pemimpin UMNO.
Pengakuan ini berserta pencalonan Ahmad Maslan oleh Ismail Sabri mengukuhkan lagi syak di kalangan rakyat jelata bahawa misi sebenar Kluster Mahkamah adalah untuk menaikkan seorang Perdana Menteri UMNO yang sanggup membantu Kluster Mahkamah melepaskan diri dari tuduhan jenayah.
Jika benar Ismail Sabri bukan ‘boneka’ Kluster Mahkamah, beliau wajib menerima cadangan Datuk Mohd Puad Zakarshi dan menasihati Ahmad Maslan untuk membatalkan hasratnya untuk bertanding jawatan Timbalan Speaker pada bulan Oktober nanti.
WAJIB BACA:
Misi sebenar Kluster Mahkamah (Bahagian Satu) – Perjumpaan rahsia Zahid di Jakarta

