Pencalonan Perdana Menteri: Barisan Nasional, Perikatan Nasional seolah-olah sabotaj diri sendiri

Mustahil Ahmad Maslan tidak ditegur oleh kepimpinan UMNO selepas kenyataan pertamanya jika benar niat UMNO adalah untuk memastikan bahawa Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9. Sumber (gambar): Fail TTF

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤنچلونن ڤردان منتري: بن، ڤن سأوله-اوله سابوتج ديري سنديري

Sertai saluran Telegram TTF di sini

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional secara jelas melanggar syarat-syarat yang ditetapkan oleh Istana Negara berhubung penamaan calon Perdana Menteri.

Syarat-syarat yang dimaksudkan adalah:




1. Keperluan agar calon yang dinamakan oleh ahli-ahli parlimen dirahsiakan, dan

2. Sokongan ahli-ahli parlimen terhadap mana-mana calon perlu tidak bersyarat.

Syarat-syarat ini dilanggar sebelum dan selepas istiadat menghadap Yang Di-Pertuan Agong semalam melibatkan 114 ahli parlimen yang sebilangan besarnya dari Barisan Nasional dan Perikatan Nasional.

Kesemuanya bermula apabila Datuk Seri Nazri Aziz mengumumkan keputusan Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dan persetujuan 41 ahli parlimen Barisan Nasional untuk mencalonkan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ini disusuli dengan satu kenyataan oleh Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengesahkan keputusan MKT dan persetujuan semua ahli parlimen UMNO berhubung pencalonan Ismail Sabri.

BACA JUGA: JANGAN BUAT ANDAIAN ISU PENCALONAN PM

Keesokkan harinya, setelah 114 ahli parlimen dipanggil untuk menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara, Ahmad Maslan mengumumkan bahawa Ismail Sabri berjaya mengumpul 114 surat akuan (SD) yang menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Sudah pasti Ahmad Maslan, Tajuddin dan Nazri tahu dari awal lagi bahawa kenyataan mereka melanggar syarat pertama Istana Negara (rujuk di atas) dan mampu menimbulkan syak bahawa kesemua ahli parlimen yang didakwa menyokong Ismail Sabri berbuat demikian kerana dipaksa oleh kepimpinan UMNO.

Loading...

Namun, Ahmad Maslan terus mengulangi pendiriannya setelah kesemua 114 ahli parlimen selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, sekaligus menimbulkan syak bahawa pelanggaran syarat Istana Negara disengajakan oleh UMNO.

Saya berkata demikian kerana mustahil Ahmad Maslan tidak ditegur oleh kepimpinan UMNO selepas membuat kenyataan pertama jika benar niat UMNO adalah untuk memastikan bahawa Ismail Sabri dilantik sebagai Perdana Menteri ke-9.

Ahmad Maslan turut tidak mungkin tahu keputusan rahsia yang disampaikan oleh kesemua 41 ahli parlimen Barisan Nasional yang bertemu Yang Di-Pertuan Agong seorang demi seorang.

Beliau juga berlagak seolah-olah beliau sedang duduk di sebelah Seri Paduka Baginda Tuanku sepanjang masa ketika pertemuan-pertemuan ini berlaku.

Beralih pula kepada Perikatan Nasional, semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba-tiba mendakwa kononnya kesemua ahli parlimen gabungan itu sepakat menyokong Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri ke-9.

Dakwaan itu dibuat oleh Muhyiddin selepas kesemua 114 ahli parlimen selesai menghadap Yang Di-Pertuan Agong, di mana Muhyiddin turut menjelaskan bahawa sokongan Perikatan Nasional terhadap Ismail Sabri adalah bersyarat.

Bukan hanya Muhyiddin melanggar syarat pertama Istana Negara (rujuk di atas), beliau turut melanggar syarat kedua yang memerlukan semua ahli parlimen menyokong calon pilihan mereka tanpa sebarang syarat.

Ada bahagian pelengkap kepada artikel ini, tetapi saya hanya akan siarkannya malam iini (Jumaat) kerana saya tidak ingin membuat spekulasi atau cuba mendahului Yang Di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu.

Apa yang dapat saya katakan di sini ialah “ada udang di sebalik batu” dalam cara kepimpinan Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mengendalikan isu pencalonan Perdana Menteri.

Nota: Berikut merupakan posting saya di Facebook:

“Hanya kumpulan yang menang sahaja dijemput untuk pengesahan sokongan sekali lagi di Istana Negara. Bererti Ismail Sabri dengan izin Allah adalah calon PM yang menang” – Ahmad Maslan

Dua kecacatan menerusi statement ini:

1. Ahmad Maslan tidak tahu secara pasti samada 114 MP menyokong Ismail Sabri

2. Ada banyak lagi sebab Yang Di-Pertuan Agong boleh panggil 114 MP untuk menghadap, antaranya;

a. Untuk memastikan siapakah sebenarnya yang disokong oleh setiap seorang MP setelah UMNO, PAS dan PPBM pandai-pandai mengumumkan sokongan padu MP-MP kedua-dua parti itu terhadap Ismail Sabri

b. Kepastian ini perlu memandangkan UMNO, PAS dan PPBM telah mengengkari titah Yang Di-Pertuan Agong bahawa semua MP perlu menjaga kerahsiaan surat akuan mereka sehingga keputusan dibuat.

Ahmad Maslan sepatutnya duduk diam dan benarkan Yang Di-Pertuan Agong jalankan tugas

Sekian

RJ Rithaudeen

WAJIB BACA:

Terkini: Muhyiddin Yassin tumbang, UMNO putuskan tarik sokongan terhadap kerajaan berkuatkuasa serta merta



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...