Pendaftaran keahilan Muafakat Nasional pimpinan Annuar Musa kini dibuka

Annuar sebelum ini berkata, MN diaktifkan sebagai platform untuk menggerakkan agenda perpaduan dan pembinaan negara. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤندفترن كاهيلن موافقة ناسيونل ڤيمڤينن اننوار موسى كيني دبوك

Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pendaftaran untuk menjadi ahli Muafakat Nasional (MN) kini dibuka kepada orang ramai.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebooknya, antara syarat untuk menjadi ahli MN adalah mestilah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira agama dan kaum.

“Pendaftaran tersebut boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi MN iaitu muafakatnasional.org.my.

“Pendaftaran dibuka secara online bagi memudahkan pihak yang berminat untuk mendaftar dan maklumat lanjut juga menerusi laman Facebook, Twitter, Instagram atau boleh hubungi talian 011-72751075,” ujarnya.


PETALING JAYA: Bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan pendaftaran untuk menjadi ahli Muafakat Nasional (MN) kini dibuka kepada orang ramai.

Menerusi satu kenyataan yang dikongsi di laman Facebooknya, antara syarat untuk menjadi ahli MN adalah mestilah warganegara Malaysia berusia 18 tahun ke atas tanpa mengira agama dan kaum.




Kenyataan yang dikeluarkan Setiausaha Kerja MN, Datuk Mohd Irwan Rizal itu turut memaklumkan bahawa bagi mereka yang berusia 18 tahun ke bawah, individu berkenaan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa dan penjaga masing-masing.

Jelas kenyataan itu, syarat itu selaras dengan penubuhan MN kerana ia sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan bukan parti politik.

“Pendaftaran tersebut boleh dilakukan secara atas talian (online) melalui laman sesawang rasmi MN iaitu muafakatnasional.org.my.

“Pendaftaran dibuka secara online bagi memudahkan pihak yang berminat untuk mendaftar dan maklumat lanjut juga menerusi laman Facebook, Twitter, Instagram atau boleh hubungi talian 011-72751075,” ujarnya.

Terdahulu, Annuar sebelum ini berkata, MN diaktifkan sebagai platform untuk menggerakkan agenda perpaduan dan pembinaan negara.

Pertubuhan itu diwujudkan untuk meneruskan usaha memupuk nilai-nilai murni ke arah penyatuan yang sejati.

Selain itu katanya, MN berpegang teguh kepada lima matlamat yang telah digariskan antaranya menjunjung keluhuran Perlembagaan Persekutuan yang menjamin pembentukan negara.

Loading...

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...