‘Pendaftaran PEJUANG belum lulus kerana Jabatan Pendaftar Pertubuhan pilih kasih’

Pada 19hb Ogos 2020, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden PEJUANG secara rasmi menyerahkan dokumen pendaftaran parti itu di pejabat JPPM di Putrajaya. Sumber (gambar): Fail TTF

ءڤندفترن ڤجوڠ بلوم لولوس كران جابتن ڤندفتر ڤرتوبوهن ڤيليه كاسيهء

ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli hari ini mendakwa permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diluluskan kerana terdapat unsur pilih kasih oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Shaid berkata demikian sambil membandingkan permohonan Pejuang dengan permohonan Perikatan Nasional (PN) yang menurut beliau, diproses dengan serta merta.

Semalam, Setiausaha Agung Interim PEJUANG Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tindakan JPPM melengahkan kelulusan pendaftaran PEJUANG menunjukkan seolah-olah jabatan itu menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat.

Amiruddin berkata, persoalan timbul kerana dua parti lain boleh diluluskan pendaftaran dalam masa yang singkat, berbanding Pejuang.


PETALING JAYA: ADUN Jeram Mohd Shaid Rosli hari ini mendakwa permohonan pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) belum diluluskan kerana terdapat unsur pilih kasih oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (JPPM).

Shaid berkata demikian sambil membandingkan permohonan Pejuang dengan permohonan Perikatan Nasional (PN) yang menurut beliau, diproses dengan serta merta.




“Saya juga merasakan wujud unsur pilih kasih ekoran pendaftaran PN yang diluluskan oleh jabatan itu dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan.

“Saya juga meminta agar Menteri Dalam Negeri (Hamzah Zainuddin) lebih profesional dalam menjalankan tugas. Beliau perlu menyelesaikan masalah di bawah kementerian beliau bagi menjaga integriti kementerian itu sendiri,” beliau dilaporakan berkata.

Semalam, Setiausaha Agung Interim PEJUANG Datuk Amiruddin Hamzah berkata, tindakan JPPM melengahkan kelulusan pendaftaran PEJUANG menunjukkan seolah-olah jabatan itu menjadi ‘alat kerajaan’ bermotifkan politik, sehingga boleh menimbulkan kecurigaan dalam kalangan rakyat.

Amiruddin berkata, persoalan timbul kerana dua parti lain boleh diluluskan pendaftaran dalam masa yang singkat, berbanding Pejuang.

“Situasi permohonan Pejuang amat berbeza dengan pendaftaran dua buah parti lain antaranya Parti Makkal Sakti Malaysia yang diluluskan dalam tempoh dua minggu, manakala Perikatan Nasional diluluskan dengan kadar segera dalam proses yang amat meragukan.

“Pihak Jawatankuasa Penaja Pejuang sekali lagi ingin Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Mohd Hamzah Zainuddin) dan Ketua Pengarah JPPM (Masyati Abang Ibrahim) membuat keputusan segera dan jelas agar pendaftaran Pejuang diluluskan mengikut prinsip undang-undang,” katanya lagi.

Terdahulu, pada 2hb Ogos 2020, Jawatankuasa Penubuhan PEJUANG (JPP) mengemukakan perlembagaan parti yang dikemaskini kepada KPPM sepertimana yang diminta oleh Ketua Pengarah jabatan pada 28hb September 2020.

Loading...

Penubuhan PEJUANG diumumkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 13hb Ogos 2020 di Majlis Pengisytiharan calon parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Slim yang diadakan pada bulan yang sama.

Susulan itu, pada 19hb Ogos 2020, Datuk Seri Mukhriz Mahathir selaku presiden PEJUANG secara rasmi menyerahkan dokumen pendaftaran parti itu di pejabat JPPM di Putrajaya.

Ini disusuli dengan pembukaan ‘Borang Tunjuk Minat’ secara dalam talian pada 1hb September 2020 bagi mengumpulkan butiran pemohon yang berminat menyertai PEJUANG sementara menunggu pendaftaran parti itu diluluskan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...