Pendaftaran pengundi 18 tahun belum dilaksana

Pendaftaran pengundi berusia 18 tahun akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik selepas persiapan SPR selesai. Sumber (gambar): Fail TTF

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pendaftaran pengundi berusia18 tahun belum dilaksanakan buat masa ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia susulan maklumat tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi.

Menurut Azhar Azizan, SPR akan mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu dari masa ke masa.

Kata beliau, pihaknya juga mahu orang ramai merujuk kepada SPR melalui laman rasmi www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-88927200 bagi mengelakkan penularan berita palsu.


SHAH ALAM: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menegaskan bahawa pendaftaran pengundi berusia 18 tahun belum dilaksanakan buat masa ini.

Pengerusinya, Datuk Azhar Azizan Harun berkata, ia susulan maklumat tular di media sosial yang mengajak rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas mendaftar sebagai pengundi.




Katanya, pendaftaran pengundi berusia 18 tahun akan dilaksanakan serentak dengan pendaftaran pemilih secara automatik selepas persiapan SPR selesai.

“Ia termasuk penyediaan pindaan kepada Peraturan-peraturan Pilihan Raya (Pendaftaran Pemilih) 2002 dan undang-undang lain yang berkaitan, penyediaan prosedur operasi standard (SOP) serta penyediaan sistem dan infrastruktur.

“Kesemua persiapan ini dijangka selesai selewat-lewatnya pada Julai 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Azhar Azizan, SPR akan mengeluarkan kenyataan media rasmi untuk sebarang perkembangan terkini berhubung perkara itu dari masa ke masa.

Kata beliau, pihaknya juga mahu orang ramai merujuk kepada SPR melalui laman rasmi www.spr.gov.my atau Facebook rasmi SPR atau menghubungi talian 03-88927200 bagi mengelakkan penularan berita palsu.

Sumber:

 

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...