Pendakwa Raya beritahu mahkamah, mustahil Najib tidak tahu wang masuk dalam akaun

Pihak Pendakwa Raya mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak memang tahu ada wang dari SRC International dimasukkan ke dalam akaunnya. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤندعوا راي بريتاهو محكمه، مستحيل نجيب تيدق تاهو واڠ ماسوق دالم اكاءون

Tindakan Datuk Seri Najib Razak sehingga menyebabkan dana SRC International Sdn Bhd dipindah masuk ke dalam akaun bank peribadinya untuk dibelanjakan, menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri itu mempunyai niat yang tidak baik.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaram, berkata sukar untuk dipercayai bahawa sebagai seorang Menteri Kewangan ketika itu, beliau tidak tahu mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, dengan menyatakan dia hanya bertanggungjawab terhadap baki dalam akaun ketika mengeluarkan cek.

“Tertuduh mengakui bahawa melalui pesanan ringkas Blackberry bahawa beliau berhubungan dengan Jho Low dan melalui Azlin, berhubung baki wang dalam akaunnya supaya beliau (Najib) dapat mengagak berapa jumlah yang boleh dibelanjakan.

“Keterangan ini bercanggah dengan ‘mantra’ tertuduh selama ini bahawa beliau tidak pernah mengetahui baki wang dalam akaunnya, sejak lima tahun lalu kerana memberikan kuasa kepada pemegang mandat akaunnya,” katanya.


KUALA LUMPUR: Tindakan Datuk Seri Najib Razak sehingga menyebabkan dana SRC International Sdn Bhd dipindah masuk ke dalam akaun bank peribadinya untuk dibelanjakan, menunjukkan bahawa bekas Perdana Menteri itu mempunyai niat yang tidak baik.

Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk V Sithambaram, berkata sukar untuk dipercayai bahawa sebagai seorang Menteri Kewangan ketika itu, beliau tidak tahu mengenai wang yang dimasukkan ke dalam akaunnya, dengan menyatakan dia hanya bertanggungjawab terhadap baki dalam akaun ketika mengeluarkan cek.




Sithambaram yang berhujah pada akhir kes pembelaan berkata, pendakwaan menyatakan bahawa berdasarkan standard seseorang yang bersikap munasabah dan jujur, pembelaan tertuduh langsung tidak munasabah dan tidak boleh dipercayai.

Beliau berkata, Najib mengakui bahawa itu tugas Ketua Setiausaha Sulitnya, Allahyarham Datuk Azlin Alias; bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), SRC Nik Faisal Ariff Kamil; dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low untuk memastikan terdapat dana mencukupi dalam akaun banknya supaya cek dapat ditunaikan.

Katanya, itu bercanggah dengan keterangan Najib dalam kes pendakwaan dan ketika pemeriksaan utama bahawa Jho Low memanipulasi akaun bank peribadinya bersama-sama dengan pegawai bank yang tidak amanah tanpa pengetahuan beliau.

“Tertuduh mengakui bahawa melalui pesanan ringkas Blackberry bahawa beliau berhubungan dengan Jho Low dan melalui Azlin, berhubung baki wang dalam akaunnya supaya beliau (Najib) dapat mengagak berapa jumlah yang boleh dibelanjakan.

“Keterangan ini bercanggah dengan ‘mantra’ tertuduh selama ini bahawa beliau tidak pernah mengetahui baki wang dalam akaunnya, sejak lima tahun lalu kerana memberikan kuasa kepada pemegang mandat akaunnya.

“Walaupun mengetahui bahawa Jho Low menguruskan akaun bank peribadinya bagi memastikan ada dana mencukupi, tertuduh bagaimanapun menukar keterangan dengan menyatakan beliau hanya mengetahui peranan ahli perniagaan itu, ketika perbicaraan kes sedang berlangsung.

Sithambaram berkata, itu satu usaha untuk menyembunyikan fakta bahawa beliau sebenarnya mengetahui selama ini Jho Low menguruskan akaun peribadinya.

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...