Pendedahan Abu Kassim jelas menunjukkan Najib dan Rosmah disabotaj Kastam dalam isu cincin RM24 juta

Salleh SD

Abu Kassim Mohamed selaku bekas Ketua Pencegah Rasuah Malaysia telah mendedahkan dengan terang dan terperinci berkaitan dengan isu cincin yang giat diperkaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor sebelum pilihanraya umum ke-14 (GE14).




Pendedahan yang dibuat Abu Kassim berkenaan cincin RM24 juta

Menurut beliau, pihak Kastam-lah yang membocorkan dan mengedar dokumen yang dikenali sebagai Borang Kastam kepada pihak tertentu untuk disalah gunakan dan menfitnah Dato’ Sri Najib Tun Razak dan Datin Sri Rosmah Mansor.

Pakatan Harapan hanya memainkan separuh cerita isu cincin tersebut dengan mengatakan bahawa cincin itu kepunyaan Datin Sri Rosmah, walhal cerita sepenuhnya ialah ianya bukan kepunyaan Datin Sri Rosmah dan beliau tidak pernah memiliki ataupun membelinya. Cincin itu hanyalah untuk ditontonkan dan diterbangkan balik ke New York.

Punca Dato’ Sri Najib Razak disabotaj oleh Pihak Kastam adalah kerana SPRM telah menyiasat Pihak Kastam berkaitan dengan kes RM 3 bilion. Mereka mendesak dan mengadakan perjumpaan dengan Peguam Negara agar kes tersebut diberikan pengecualian terhadap mereka namun Abu Kassim Mohamed menasihati Dato’ Sri Najib Razak agar tidak terlibat untuk menjaga dan mempertahankan identiti dan tindakan SPRM yang tegas terhadap Pihak Kastam.

Disebabkan Dato’ Sri Najib enggan berkerjasama mahupun berjumpa dengan pihak Kastam, maka pihak Kastam bangkit marah dan terus mendedahkan serta mengedarkan dokumen tersebut kepada pihak yang tertentu. Dokumen yang diedarkan itu memberi tanggapan yang salah, seolah-olah Datin Sri Rosmah-lah yang mengimport cincin tersebut untuk membelinya. Sebaliknya, cincin itu tidak dibeli dan dihantar ke New York dan juga bukan Datin Sri Rosmah yang ingin ditonton lihatkan cincin tersebut tetapi adalah keluarga menantunya dari Kazakhstan. Mengapakah kesemua ini tidak pernah didedahkan?

Malang sekali di dalam negara ini semua dipolitikkan.

https://youtu.be/3AlxxAbxxOg

Loading...

Penjelasan fitnah cincin RM24 juta Rosmah Mansor



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...