
“Ismail Sabri mengejutkan satu Malaysia apabila mendakwa, penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak diperlukan kerana SPRM akan siasat sendiri menerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR). Kedangkalan apa ini? Apakah Ismail Sabri tidak tahu bahawa LPPR tidak berkuasa melakukan sebarang siasatan kerana fungsinya terhad kepada pemberian nasihat?”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤندداهن: اينله سببڽ ساي شك اسماعيل صبري چوبا ليندوڠي عزم باكي
1. Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 menetapkan bahawa penggunaan jawatan atau kedudukan untuk mendapatkan suapan rasuah boleh dihukum di bawah Seksyen 24 Akta yang sama.
2. Seksyen 25 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA) menetapkan bahawa akaun sekuriti mestilah atas nama pemilik yang menerima manfaat.
3. Seksyen 29 (A) SICDA juga mewajibkan hal ehwal akaun sekuriti hanya dapat diubah pemilik yang menerima manfaat atau penama yang diberi kuasa.
4. Berdasarkan garis panduan pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam, seseorang pegawai boleh membeli saham tertakluk kepada beberapa syarat, antaranya:
a. Tidak melebihi 5% daripada modal dibayar atau RM100,000 pada nilai semasa, yang mana lebih rendah dalam tiap-tiap satu syarikat yang diperbadankan di Malaysia.
b. Tidak melebihi 5% daripada modal dibayar dalam tiap-tiap syarikat permodalan dan perusahaan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Tan Sri Azam Baki ialah Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dan beliau baru sahaja mengaku bahawa akaun sahamnya digunakan pada tahun 2015 untuk membeli saham dalam jumlah yang besar.
Azam didakwa memiliki antara 1.9 juta hingga 2.9 juta saham dalam sebuah syarikat senaraian awam pada 2016, serta 2.15 juta waran dalam sebuah lagi syarikat lain semasa memegang jawatan sebagai pengarah bahagian siasatan SPRM.
BACA JUGA: TAKIYUDDIN SEOLAH-OLAH LINDUNGI AZAM BAKI
Jika dikaji, jumlah ini melanggar pekeliling pemilikan dan pengisytiharan harta oleh penjawat awam, kerana membabitkan akaun saham milik Azam Baki, seorang berpangkat tinggi dalam agensi kerajaan.
Azam Baki mendakwa kononnya akaun saham beliau digunakan oleh adiknya, Nasir Baki, namun pendedahan ini jelas melanggar Seksyen 25 Akta Perndustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991(SICDA).
Dari sudut Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 pula, timbul soal samada Azam Baki menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan saham dalam jumlah yang besar, yang mungkin berupa ‘ganjaran’ bagi tujuan tertentu.
Jika saham ini diketahui boleh membawa keuntungan buat Azam Baki dalam jangka masa tertentu, ianya boleh disifatkan sebagai satu bentuk suapan.
Kesemua ini wajib disiasat, dan memandangkan Azam Baki merupakan Ketua Pesuruhjaya agensi kerajaan (SPRM), siasatan dalaman SPRM atau siasatan agensi kerajaan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak memadai.
Sebaliknya, Azam Baki perlu ‘direhatkan’ daripada tugasnya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM dan disiasat oleh badan bebas yang tidak berkait dengan kerajaan, samada secara langsung atau tidak langsung.
Inilah sebabnya penubuhan Suruhanjaya Siasatan Khas (Special Task Force) dicadangkan.
Namun, Datuk Seri Ismail Sabri mengejutkan satu Malaysia apabila mendakwa, penubuhan suruhanjaya berkenaan tidak diperlukan kerana SPRM akan siasat sendiri menerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR).
Kedangkalan apa ini?
Apakah Ismail Sabri tidak tahu bahawa LPPR tidak berkuasa melakukan sebarang siasatan kerana fungsinya terhad kepada pemberian nasihat?
Apakah Ismail Sabri akan berpuas hati sekiranya sebuah lembaga yang berkait secara langsung dengan SPRM menyiasat SPRM dalam pada Azam Baki menjawat jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM?
Semalam, enam ahli LPPR mendedahkan bahawa mereka sebenarnya mencadangkan kepada pengerusi lembaga berkenaan, Abu Zahar, agar isu Azam Baki dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah atau Jawatankuasa Aduan SPRM.
Tidak lama kemudian, Azam Baki dan Abu Zahar membuat satu sidang media, di mana Abu Zahar mengenepikan terus cadangan keenam-enam ahli LPPR itu, sambil mendakwa, LPPR telah membersihkan nama Azam Baki daripada sebarang salah laku.
Apakah pendedahan ini tidak menimbulkan syak bahawa Abu Zahar dan Azam Baki bersubahat?
Apabila Ismail Sabri menolak penubuhan Suruhanjaya Siasatan Khas, beliau sebenarnya menutup terus satu saluran siasatan yang bebas daripada pengaruh SPRM atau kerajaan.
Atas dasar inilah saya mengesyaki bahawa Ismail Sabri sedang cuba untuk melindungi Azam Baki, barangkali kerana Azam Baki memiliki rahsia-rahsia tertentu yang boleh memudaratkan kerajaan.
Bersambung…
WAJIB BACA:
