
ڤندداهن: كڤوتوسن سليم ڤتاندا بوروق باڬي موافقة ناسيونل، اينله سببڽ…
Jauh sekali dengan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang berlangsung semalam merupakan petanda buruk buat kedua-dua Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.
Semalam, TTF mendedahkan (rujuk bawah) bahawa Calon UMNO-PAS hanya berjaya meraih sebanyak 13,060 undi (atau 84.53 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,451 undi), iaitu peningkatan sebanyak 5.07 peratus (atau 630 undi) dari jumlah undi yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.
Ini kerana prestasi calon UMNO, yang harus dianggap sebagai calon UMNO-PAS, amat tidak memberangsangkan biarpun Barisan Nasional mengerahkan begitu banyak tenaga dan jentera pentadbiran untuk berdepan dengan dua calon bebas.
Tidak mustahil sebahagian besar undi Muafakat Nasional akan beralih ke parti PEJUANG di PRU15 selepas parti itu didaftarkan memandangkan perpecahan yang berlaku dalam UMNO, PPBM dan Perikatan Nasional yang kini dalam keadaan carca merba.
Jika diperhatikan, bilangan yang “tidak keluar mengundi” ini lebih empat kali ganda dari peningkatan 630 undi bagi calon UMNO-PAS, menandakan ramai masih ragu-ragu dengan Amir Khusyairi disebabkan parti yang diwakilinya, parti PEJUANG, masih belum berdaftar.
Apa pun, jika Muhyiddin benar-benar yakin Perikatan Nasional akan berjaya di Pilihan Raya Umum ke-15, maka tidak ada sebab beliau melengahkan lagi pembubaran Parlimen bagi mengembalikan semula mandat rakyat sepertimana yang dituntut oleh majoriti pengundi
PETALING JAYA: Jauh sekali dengan dakwaan Tan Sri Muhyiddin Yassin, keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim yang berlangsung semalam merupakan petanda buruk buat kedua-dua Muafakat Nasional dan Barisan Nasional.
Ini kerana prestasi calon UMNO, yang harus dianggap sebagai calon UMNO-PAS, amat tidak memberangsangkan biarpun Barisan Nasional mengerahkan begitu banyak tenaga dan jentera pentadbiran untuk berdepan dengan dua calon bebas.
Semalam, TTF mendedahkan (rujuk bawah) bahawa Calon UMNO-PAS hanya berjaya meraih sebanyak 13,060 undi (atau 84.53 peratus) daripada jumlah undi sah yang dikira (15,451 undi), iaitu peningkatan sebanyak 5.07 peratus (atau 630 undi) dari jumlah undi yang diperolehi oleh calon UMNO dan PAS di PRU 14.
Angka ini teramat rendah untuk menyokong dakwaan kononnya berlaku “gelombang perubahan ke arah Barisan Nasional” dan merupakan petanda buruk bagi Barisan Nasional.
Ini kerana calon bebas dari Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) bukan hanya berjaya mengekalkan depositnya – perkara yang hampir mustahil dicapai bagi seorang yang bergelar ‘calon bebas’ – beliau berjaya meraih satu per tiga daripada jumlah undi calon Pakatan Harapan di PRU14 biarpun parti PEJUANG hanya diumumkan kewujudannya pada 12hb Ogos 2020.
Manakala itu, bilangan yang keluar mengundi ialah seramai 15,796, iaitu penurunan seramai 2,778 pengundi (14.96 peratus) berbanding di PRU14.
Jika diperhatikan, bilangan yang “tidak keluar mengundi” ini lebih empat kali ganda dari peningkatan 630 undi bagi calon UMNO-PAS, menandakan ramai masih ragu-ragu dengan Amir Khusyairi disebabkan parti yang diwakilinya, parti PEJUANG, masih belum berdaftar.
Berbeza dengan Pilihan Raya Umum ke-14 di mana Pakatan Harapan turut bertanding, pengundi di Slim hanya diberi pilihan antara calon UMNO-PAS dengan dua calon bebas.
Maka sudah pastilah penyokong Amir Khusyairi yang masih ragu-ragu dengan status pendaftaran parti PEJUANG samada tidak keluar mengundi ataupun mengundi calon UMNO-PAS kerana tahu undi mereka tidak akan mengubah struktur kerajaan negeri mahupun negara.
Sudah menjadi lumrah di Malaysia bagi parti yang berkait dengan kerajaan memenangi Pilihan Raya Kecil tetapi kalah di Pilihan Raya Umum bagi kerusi yang sama.
Ini bermakna, jika kita ‘tambah’ 2,778 undi bagi calon PEJUANG pada Pilihan Raya Umum ke-15 (untuk tujuan perbincangan sahaja) dan setelah parti PEJUANG didaftarkan, tidak mustahil Amir akan meraih jauh lebih banyak undi dari jumlah yang diperolehi oleh calon Pakatan Harapan di Pilihan Raya Umum ke-14.
Tidak mustahil juga sebahagian besar undi Muafakat Nasional akan beralih ke parti PEJUANG di PRU15 selepas parti itu didaftarkan memandangkan perpecahan yang berlaku dalam UMNO, PPBM dan Perikatan Nasional yang kini dalam keadaan carca merba.
Apa pun, jika Muhyiddin benar-benar yakin Perikatan Nasional akan berjaya di Pilihan Raya Umum ke-15, maka tidak ada sebab beliau melengahkan lagi pembubaran Parlimen bagi mengembalikan semula mandat rakyat sepertimana yang dituntut oleh majoriti pengundi
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
