
“Setakat hari ini, Zahid berpura-pura tidak dengar desakan saya agar Barisan Nasional menyelitkan dalam manifesto gabungan itu, akuan bersumpah “No Anwar, No DAP” yang ditandatangani semua calon yang bertanding”
Raggie Jessy Rithaudeen
ڤندداهن: معلومت كرجاسام انور-زاهيد، سبب سبنر ڤاس تولق امنو
Beberapa sumber telah mendakwa bahawa wujud satu perancangan sulit melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk cuba membentuk kerajaan bersama selepas Pilihan Raya Umum ke-15.
Saya difahamkan, Anwar dan Zahid bersetuju untuk membentuk kerajaan bersama melibatkan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional, seandainya kedua-dua gabungan itu mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan bersama GPS (rujuk video di bawah atau KLIK DI SINI untuk tonton di You Tube).
Artikel bersambung di bawah video ini
TONTON LIVE ASAL DI SINI
Perkara ini bukanlah baru, malah saya berulang kali mendedahkan kerjasama antara Anwar dan Zahid sejak selepas Pilihan Raya Umum ke-14.
Sayalah orang pertama yang mendedahkan kewujudan surat sokongan rahsia Zahid dan Datuk Seri Najib Tun Razak yang dituju ke Istana Negara, di mana kedua-dua Zahid dan Najib menzahirkan sokongan padu mereka terhadap pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Zahid sememangnya merancang untuk bersama Anwar sejak sebelum Langkah Sheraton lagi, dan perkara ini telah saya dedahkan beberapa bulan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (rujuk pendedahan di hujung bawah).
Malah, ketika Tun Dr Mahathir Mohamad masih Perdana Menteri dan sebelum Pilihan Raya Negeri Sabah, Anwar berkali-kali membuat sidang media bagi mengumumkan sokongan majoriti terhadapnya sebagai calon Perdana Menteri.
Anwar berbuat demikian atas keyakinan palsu yang disampaikan oleh Zahid kepadanya, kononnya seluruh Barisan Nasional menyokong pencalonannya sebagai perdana menteri.
Menurut sumber, PAS tidak ingin bekerjasama dengan Zahid dan UMNO kerana Majlis Syura PAS tidak membenarkannya, berdasarkan maklumat bahawa Zahid dan Anwar mungkin bekerjasama selepas PRU15 dengan Anwar sebagai calon Perdana Menteri.
Sebelum ini, Zahid dilaporkan mengaku dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO bahawa rakaman audio tular yang memaparkan suara beliau bersama Anwar adalah sahih.
Dalam rakaman itu, Zahid dan Anwar terang-terang sedang membincangkan sesuatu yang mencadangkan kedua-dua mereka sedang bekerjasama.
Zahid turut dikatakan mengaku kesahihan surat rahisa kepada Istana Negara, di mana Zahid menipu Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh Barisan Nasional menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Saya tidak terkejut jika DAP turut bersetuju untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional selepas PRU15.
Jangan lupa, DAP sebelum ini mengaku mempertimbangkan jajaran politik baharu bersama UMNO di Perak, berbekalkan alasan kononnya semua yang dilakukan adalah “demi rakyat, demi kestabilan politik.”
Andai kata DAP terlibat sama, sudah pasti parti itu tidak akan mengaku sebelum Pilihan Raya Umum ke-15, kerana ini akan menjejaskan perolehan undi daripada masyarakat Cina.
Setakat hari ini, Zahid berpura-pura tidak dengar desakan saya agar Barisan Nasional menyelitkan akuan bersumpah “No Anwar, No DAP” dalam manifesto gabungan itu, ditandatangani oleh semua calon yang bertanding.
Begitu juga, Anwar berpura-pura tidak dengar desakan saya agar Pakatan Harapan mengisytiharkan “No Zahid, No Kleptokrat” dalam manifesto gabungan itu, berserta akuan bersumpah yang ditandatangani oleh semua calon yang bertanding.
Pada 13hb September 2018, saya menulis:
4. Najib dan Zahid sebenarnya ingin memasuki semula kerajaan menerusi pintu belakang dan terbuka kepada kemungkinan UMNO bekerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mencantas Mahathir biarpun terpaksa bersekongkol dengan PKR, DAP dan AMANAH.
5. Kluster Mahkamah melakukan ini tanpa pengetahuan PAS biarpun memujuk pucuk pimpinan parti itu untuk bekerjasama dengan UMNO atas alasan perlunya PAS dan UMNO “mempertahankan kepentingan ummah menentang anasir jahat DAP.”
6. Oleh kerana Zahid masih mempunyai talian persahabatan yang erat bersama orang-orang Anwar, maka bermulalah “Langkah Zahid” untuk cuba berunding dengan semua pihak untuk mencari formula yang mampu membawa UMNO kembali ke tampuk kepimpinan negara.
7. Dalam satu mesyuarat yang berlangsung antara Mahathir dan Zahid di pertengahan bulan September 2018, Mahathir memberitahu Zahid sejelas-jelas yang mungkin bahawa PPBM tidak boleh dan tidak akan menerima mana-mana pemimpin UMNO yang bermasalah, khususnya, mereka yang menghadapi tuduhan jenayah.
7. Zahid turut diberitahu bahawa ahli-ahli UMNO yang diterima masuk ke dalam Pakatan Harapan (PPBM) tidak akan diberi sebarang jawatan dalam kerajaan.
8. Pada ketika itu, Zahid sudah pun memulakan satu siri perbincangan bersama beberapa pemimpin PAS yang tidak dimaklumkan tentang rancangan beliau untuk cuba membawa UMNO masuk ke dalam Pakatan Harapan.
9. Zahid turut tidak memaklumkan kepada kedua-dua Mahathir dan PAS tujuan sebenar satu perjumpaan rahsia lima hari yang beliau uruskan di Jakarta bersama lima ahli Majlis Kepimpinan Tertinggi (MKT) UMNO dan tiga ahli parlimen dari parti itu (kemudian daripada ini dirujuk sebagai “Kumpulan J8”).
10. Pada ketika Zahid bertemu dengan Mahathir, beliau baru sahaja kembali dari Jakarta bersama Kumpulan J8 bagi membincangkan cara-cara UMNO boleh kembali ke tampuk kepimpinan negara menerusi pintu belakang.
11. Di Jakarta, Zahid memberikan dua opsyen kepada Kumpulan J8, iaitu:
a. Samada UMNO menyertai Pakatan Harapan bersama PKR, PPBM, DAP dan AMANAH, atau
b. UMNO bekerjasama dengan Anwar untuk menumbangkan Pakatan Harapan.
12. Kumpulan J8 turut diberitahu, seandainya UMNO bersetuju untuk bekerjasama dengan Anwar, DAP dan AMANAH turut akan terlibat.

