Pendedahan: Najib halang SPRM, PDRM, Peguam Negara dan Bank Negara bekerjasama sebagai pasukan rasmi sebelum siasatan 1MDB lengkap

Apakah Najib kini menimbulkan persepsi palsu terhadap musuh-musuh politiknya semata-mata untuk menekan Mahkamah Rayuan, yang bakal membacakan penghakimannya berhubung rayuan kes SRC International pada 8hb Disember ini? Sumber (gambar): TTF

“Hari ini, Najib menuduh agensi tertentu menyembunyikan bukti, walhal, Najib sendiri mengklasifikasikan pelbagai bahan bukti sebagai rahsia rasmi dan menghalang pihak SPRM, PDRM dan peguam negara daripada bekerjasama dengan Bank Negara sebagai pasukan rasmi untuk menyiasat skandal 1MDB”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤندداهن: نجيب هالڠ سڤرم، ڤدرم، ڤڬوام نڬارا دان بڠك نڬارا بكرجاسام سباڬاي ڤاسوكن راسمي سبلوم سياستن 1مدب لڠكڤ

Minggu lepas, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat laporan polis terhadap beberapa pihak yang didakwa sengaja menyembunyikan bukti material berkaitan transaksi wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International (SRC).

Menurut Najib, beliau dan barisan peguamnya tidak mengetahui terdapat transaksi pemulangan dana RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil balik dari Singapura dan disimpan syarikat milik suami kepada bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM).

Tetapi tahukah anda bahawa laporan akhir terhadap pengauditan 1MDB diklasifikasikan sebagai dokumen rahsia rasmi di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) oleh Najib sendiri?




Dan tahukah anda bahawa perkara ini berlaku pada 4hb Mac 2016, ketika Najib masih lagi bergelar Perdana Menteri.

Sebelum itu, pada bulan Ogos 2015, pihak SPRM mendedahkan bahawa Pasukan Siasatan Khas (Special Task Force) yang ditugaskan untuk menyiasat skandal 1MDB dibubarkan walaupun siasatan masih berjalan.

Pasukan berkenaan membabitkan Bank Negara, PDRM, SPRM dan Peguam Negara.

Hari ini, Najib menuduh agensi tertentu menyembunyikan bukti, walhal, Najib sendiri mengklasifikasikan pelbagai bahan bukti sebagai rahsia rasmi dan menghalang pihak SPRM, PDRM dan peguam negara daripada bekerjasama dengan Bank Negara sebagai pasukan rasmi untuk menyiasat skandal 1MDB.

Kenapa Najib berbuat demikian? Kenapa bubarkan Pasukan Siasatan Khas walaupun siasatan masih berjalan?

Untuk menutup bahan bukti?

Bukankah bekerjasama sebagai pasukan rasmi mampu meningkatkan kebolehupayaan setiap agensi mendapatkan bahan bukti dan menghalang mana-mana pihak daripada menyembunyikan bahan bukti?

Loading...

Apakah Najib kini menimbulkan persepsi palsu terhadap musuh-musuh politiknya semata-mata untuk menekan Mahkamah Rayuan, yang bakal membacakan penghakimannya berhubung rayuan kes SRC International pada 8hb Disember ini?

Bersambung…

Kredit juga kepada Zaharin Mohd Yasin

WAJIB BACA:

Najib kantoi memfitnah lagi, menteri-menteri UMNO sah terlibat sama memudaratkan ekonomi negara, ini buktinya

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...