Pendedahan terbaru Tengku Razaleigh cadangkan Perikatan Nasioanal, Muafakat Nasional hanya ‘pencaturan’ sementara Team A UMNO

Pendirian UMNO bercanggah dengan pendirian PAS untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai rakan seperjuangan PPBM dan UMNO menerusi Perikatan Nasional. Sumber (gambar): FMT

ڤندداهن تربارو تڠكو غزالياغ چادڠكن ڤريكتن ناسيوانال، موافقة ناسيونل هاڽ ءڤنچتورنء سمنتارا تعام ا امنو

Pendedahan terbaru veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membuktikan bahawa apa yang saya katakan selama ini bukannya andaian semata-mata ataupun cebisan dari imaginasi saya, tetapi hakikat yang perlu diamati dan dihayati umum, khususnya, pengundi Melayu-Islam.

Sebentar tadi, Razaleigh dipetik sebagai berkata, cadangan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah bakal mendapat tentangan ramai khususnya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).

Ini mencadangkan bahawa UMNO tidak berniat untuk bersama PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dan tidak berniat untuk melepaskan mana-mana kerusi yang ditandingi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14

Jika diperhatikan, berlaku percanggahan yang amat nyata dari segi pendapat, resolusi dan pegangan antara UMNO dan PAS berhubung komitmen kedua-dua parti berkenaan terhadap Perikatan Nasional.

Kesemua ini menandakan UMNO bertekad untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 menggunakan bendera dan logo Barisan Nasional dan tidak berniat langsung untuk mendaftarkan mana-mana pergabungan baharu, termasuk Muafakat Nasional


PETALING JAYA: Pendedahan terbaru veteran UMNO Tengku Razaleigh Hamzah hari ini membuktikan bahawa apa yang saya katakan selama ini bukannya andaian semata-mata ataupun cebisan dari imaginasi saya, tetapi hakikat yang perlu diamati dan dihayati umum, khususnya, pengundi Melayu-Islam.

Sebentar tadi, Razaleigh dipetik sebagai berkata, cadangan untuk mendaftarkan Perikatan Nasional (PN) sebagai sebuah gabungan parti politik yang sah bakal mendapat tentangan ramai khususnya dalam kalangan pemimpin Barisan Nasional (BN).




Menurut beliau, walaupun perkara tersebut masih dalam peringkat perbincangan namun ramai yang masih mahu kekal di bawah naungan BN dan menggunakan logo parti berkenaan.

“Pendaftaran PN masih dibincang lagi tapi nampaknya ramai yang tidak bersetuju, mereka masih nak guna BN dengan semboyan terkenal, orang dah biasa dengan lambang tu dan banyak jasa BN,” beliau dilaporkan sebagai berkata.

Ini mencadangkan bahawa:

1. UMNO, khususnya Team A, tidak berniat untuk bersama PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-15

2. UMNO, khususnya Team A, tidak berniat untuk melepaskan mana-mana kerusi yang ditandingi Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-14

Jika diperhatikan;

3. Berlaku percanggahan yang amat nyata dari segi pendapat, resolusi dan pegangan antara UMNO dan PAS berhubung komitmen kedua-dua parti berkenaan terhadap Perikatan Nasional

Loading...

4. Kesemua ini menandakan UMNO bertekad untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 menggunakan bendera dan logo Barisan Nasional dan tidak berniat langsung untuk mendaftarkan mana-mana pergabungan baharu, termasuk Muafakat Nasional

5. Ianya turut bermakna PAS akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 samada menggunakan bendera Barisan Nasional atau menggunakan bendera PAS jika terus bersama UMNO menerusi Muafakat Nasional.

Perkara keempat dan kelima semestinya akan menimbulkan kekeliruan, kerisauan dan kemarahan dari kalangan penyokong PAS, khususnya mereka yang berada di kawasan luar bandar, dan juga penyokong UMNO yang berada di kawasan bandar.

Perkara ketiga pula diperhatikan dengan jelas ketika PAS mengulangi pendiriannnya buat kali kedua untuk bertanding di Pilihan Raya Umum ke-15 sebagai rakan seperjuangan PPBM dan UMNO menerusi Perikatan Nasional.

Ini mencadangkan PAS sebenarnya tidak sehaluan lagi dengan UMNO dan akur akan muslihat Team A yang sebelum ini memperdaya kedua-dua PPBM dan PAS dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Untuk makluman, Team A menunggang kedua-dua Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Azmin Ali agar ahli-ahli parlimen dari Team A dapat menganggotai kerajaan persekutuan bagi jangka masa terdekat.

Tujuan Team A berbuat demikian ialah untuk memperolehi akses kepada jentera kerajaan dalam misi jangka panjangnya untuk mempengaruhi pengundi menerusi kempen-kempen Pilihan Raya di peringkat negeri dan kebangsaan.

Kesemua ini adalah sebahagian daripada misi jangka panjang Team A mengembalikan pemimpinnya ke tampuk kepimpinan negara dan tiada kaitan langsung dengan Islam, penyatuan ummah atau permuafakatan nasional.

Jika diperhatikan, kenyataan terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa Barisan Nasional berniat rampas kembali kerusi Mersing dari PPBM dalam Pilihan Raya Umum ke-15 dibuat tanpa berbincang terlebih dahulu dengan PAS.

Diteliti bersama dengan perkara ketiga dan keempat, kenyataan ini jelas membuktikan bahawa Team A tidak berniat langsung memasuki apa-apa gabungan rasmi samada dengan PAS mahupun PPBM menuju ke arah Pilihan Raya Umum ke-15.

Saya akan membuat pendedahan lebih terperinci berhubung perkara ini menerusi satu siri artikel tiga bahagian yang akan diterbitkan bermula lewat malam ini.

Saya turut akan menyentuh isu ini di sidang live harian saya yang akan disiarkan 9.00 malam ini menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen (KLIK SINI) di mana saya turut akan membuat satu pengumuman yang penting.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...