Pendedahan yang pasti kejutkan Anwar, Kit Siang

“Disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim teramat taksub dan kemaruk kuasa Perdana Menteri, beliau menjadi buta dan gagal melihat bagaimana beliau dipengaruhi dari awal lagi untuk menjayakan “Operasi Cantas”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤندداهن يڠ ڤستي كجوتكن انور، كيت سياڠ

Hari ini saya ingin buat satu pendedahan yang pasti akan mengejutkan anda semua. Kebelakangan ini, ramai yang bertanyakan kepada saya jika Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar sehaluan.




Memang ramai yang berpendapat bahawa Muhyiddin merupakan agen Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang giat berusaha mempengaruhi ahli-ahli parlimen dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk menyertai kem Anwar.

Saya pernah mengemukakan satu teori kepada kumpulan-kumpulan yang percayakan Muhyiddin adalah agen Anwar. Menurut teori ini, kedua-dua Muhyiddin dan Mahathir sedang bersandiwara semata-semata dan sudah lama bersekutu kembali.

Sebenarnya, saya tahu siapa itu Muhyiddin dan kecenderungan politik beliau pada ketika ini.

Walaubagaimanapun, niat saya bukanlah untuk mendedahkan kecenderungan ini tetapi untuk menyedarkan anda betapa perlunya pengaruh Anwar dan DAP dalam PPBM agar rancangan jangka panjang Mahathir berjaya.

Ya, bunyinya agak pelik, tetapi jika saudara saudari teliti sejarah penubuhan PPBM, saudara saudari akan mula sedar betapa perlunya presiden dan pengerusi parti berkenaan berbeza pendapat demi memastikan agenda mencantas Anwar dan DAP tercapai.

Ceritanya begini:

Umum tahu, bahawa UMNO adalah sebuah parti yang teramat besar dan telah wujud begitu lama.

Loading...

Dari pucuk pimpinan hinggalah ke ketua cawangan, UMNO mempunyai begitu ramai pemimpin lama yang mengekalkan komunikasi dengan pemimpin lebih lama yang samada mempunyai talian persaudaraan ataupun hubungan persahabatan yang erat dengan generasi pemimpin kini.

Kesemua ini menimbulkan satu budaya dan struktur adat yang teramat rumit, liat dan kukuh yang tidak mudah diruntuhkan. Barisan kempinpinan baru akan terpaksa ‘menerima’ dan ‘melindungi’ budaya ini jika ingin mara ke hadapan dan akan beransur-ansur mula menjiwai budaya ini secara sukarela.

Justeru, sekiranya UMNO diterajui oleh seorang pemimpin yang kelihatan kuat, berpengaruh dan menguasai parti sepenuhnya, pemimpin ini mudah diterima hampir kesemua ketua-ketua bahagian dan cawangan sebagai seorang yang ‘karismatik’ dan tidak mudah dianggap sebagai seorang diktator.

Dan sekiranya pemimpin ‘besar’ ini didampingi oleh seorang timbalan yang berbeza hala tujunya, timbalan ini dengan mudah akan diselar oleh majoriti ketua-ketua bahagian dan cawangan, terutamanya jika hala-tujunya tidak selaras dengan budaya dan struktur adat  yang menjadi kerangka utama keutuhan UMNO.

Inilah sebab sebenar Anwar tidak sama sekali akan diterima kembali oleh majoriti pemimpin UMNO.

Memandangkan beliau sudah 22 tahun tidak bersama UMNO dan begitu banyak menyelar budaya dan struktur adat parti berkenaan, barisan kepimpinan baru yang sudahpun menjiwai budaya dan struktur adat ini terasa jijik dengan perangai beliau.

Justeru, jika sesiapa mampu buktikan bahawa terdapat pimpinan kanan UMNO yang bersekongkol dengan Anwar, pemimpin berkenaan akan terus diselar majoriti ketua-ketua bahagian dan cawangan dan akhirnya akan menemui jalan buntu.

Tetapi berbeza pula keadaannya dengan PPBM.

Disebabkan parti ini baru dan kecil, ia tidak mempunyai budaya dan struktur adat yang rumit, liat atau kukuh seperti UMNO.

Dari pucuk pimpinan hinggalah ke ketua cawangan, sebilangan signifikan pemimpin PPBM adalah baru, kurang berpengalaman dan tidak memiliki jaringan komunikasi dengan pemimpin lebih lama yang tidak wujud.

Ini menimbulkan satu suasana yang agak berbeza dengan UMNO – PPBM boleh ditembusi dengan mudah oleh agen-agen Anwar dan DAP, di mana agen-agen ini mampu meracuni pemikiran pemimpin-pemimpin bawahan terhadap pucuk pimpinan parti.

Justeru, sekiranya parti ini dikuasai sepenuhnya oleh Mahathir, beliau sudah pasti akan dilabel sebagai seorang ‘diktator’.

Ini memandangkan barisan pemimpin bawahan yang sudah diracuni dengan ideologi palsu DAP dan Anwar akan lantang menuduh Mahathir “menyimpang dari landasan demokrasi dan konsep ‘Malaysia Baru’.”

Dalam senario ini, majoriti pemimpin parti akan beransur-ansur menyimpang ke arah Anwar dan dengan mudah mencantas Mahathir.

Untuk mengelakkan perkara ini berlaku, Mahathir dari awal menimbulkan suasana ‘tegang’ dengan tidak menjadikan Muhyiddin Timbalan Perdana Menteri.

Perkara ini disengajakan. Ianya bukan dibuat dengan niat mengaibkan Muhyiddin tetapi menimbulkan senario di mana Muhyiddin masih kekal dengan perjuangan asal tetapi memiliki kecenderungan tertentu terhadap Anwar.

Kesemua ini dilihat sebagai satu perkembangan baik dan ‘demokratik’ oleh pemimpin bawahan. Disebabkan Mahathir sanggup menerima ‘perbezaan pendapat’ Muhyiddin, beliau tidak akan dianggap sebagai diktator dan akan dikagumi sebilangan besar pemimpin.

Biarpun begitu, PPBM adalah parti baru dan tidak tidak mempunyai sejarah pahit bersama Anwar. Justeru, sebilangan tertentu pemimpin bawahan sudah pasti akan cenderung ke arah beliau.

Tetapi majoriti ahi parlimen tetap akan memilih Mahathir, lebih-lebih lagi memandangkan Perdana Menteri lazimnya menerima sokongan majorti dari parti yang diterajuinya.

Ya, disebabkan pencaturan Mahathir, mustahil Anwar mampu mempengaruhi majoriti ahli parlimen PPBM. Disebabkan pencaturan ini juga, semakin Anwar dan DAP cuba bersekongkol dengan ‘orang dalam’ PPBM, semakin kuat kedudukan Mahathir sebagai Perdana Menteri, lebih-lebih lagi apabila tersebar berita beliau akan mulakan “Operasi Cantas.”

Begitu juga, semakin Anwar dan DAP cuba bersekongkol dengan ‘orang kanan’ UMNO, semakin lemah pucuk pimpinan parti berkenaan apabila perkara ini terdedah. Ini akhirnya akan menyebabkan mereka yang bersekongkol dengan Anwar itu tumbang dan ‘hangus’ buat selama-lamanya.

Lihat tak?

Disebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim teramat taksub dan kemaruk kuasa, beliau menjadi begitu buta sehingga gagal melihat bagaimana beliau dipengaruhi dari awal lagi untuk menjayakan “Operasi Cantas.”

Dan saya tidak boleh bayangkan perasaan Anwar ketika membaca pendedahan ini…

Bersambung…



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...