Pendirian Saya (Pendedahan Penting di Hujung Bawah)

Raggie Jessy Rithaudeen

Saya tidak ada masalah dengan pembangkang, mahupun KERAJAAN.

Saya sekadar pejuang kebenaran, dan saya kini mesra BN.




Saya juga tidak ada masalah dengan Anwar mahupun Tun Mahathir.

Malah, Tun Mahathir adalah seorang pemimpin yang amat saya sanjungi.

Saya tidak ingin terlibat atau masuk campur dalam persengketaan antara Tun dan Anwar.

Tetapi saya ada masalah besar dengan pucuk kepimpinan hipokrit PN yang kuat putarbelit dan kerap memfitnah, gara-gara terdesak mahu tumbangkan kerajaan.

Ini adalah perjuangan sesat yang melanggar tuntutan dan tersasar dari landasan kebenaran.

Seperkara lagi – saya difahamkan, dari sumber yang cukup boleh dipercayai, bahawa DAP kini ada dua team – satu pro kerajaan, satu pro Tun Mahathir.

Saya juga difahamkan, berdasarkan pemerhatian pihak tertentu, bahawa Malaysiakini condong sikit ke arah Tun Mahathir, dan ini sejajar dengan pemerhatian peribadi saya.

Loading...

Saya tidak ada masalah dengan semua ini, kerana itulah yang dikatakan “dinamika politik.” Saya boleh terima realiti ini, dan saya tiada masalah dengan DAP.

Tetapi, atas dasar menegakkan kebenaran, penta’asub pembangkang harus diberitahu perkara sebenar dalam pada mereka asyik laung-laungkan “UMDAP” dan memaki hamun DAP dengan tuduhan-tuduhan jijik.

Sekiranya benar, dan jika perkara ini dirancang tetapi terus didiamkan, ianya serupa penipuan atau penganiayaan terhadap penyokong sendiri oleh kepimpinan persekitaran pembangkang (kepimpinan PN dan pemimpin lain yang bersekutu).

Apa pun, betul atau tidak, wallahu a’lam



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...