Penduduk kampung di Sabah rasa tertipu oleh PH

Phantom of the Pakatan Opera

Nampaknya PH semakin kreatif dengan alasan mengapa janji2 mereka boleh dicampak ke tong sampah begitu sahaja.

Di Sabah pula, PH berjanji kepada penduduk2 kampung  berjumlah 2,000 orang yang rumah mereka bakal ditenggelami oleh pembinaan empangan Kaiduan bahawa jika PH menang projek empangan Kaiduan akan dihentikan.

Sebelum PRU14, PH kata mereka bersolidariti dengan penduduk2 kampung ini untuk menentang kezaliman projek empangan Kaiduan UMNO-BN.

Tak sampai 100 hari selepas PRU14 pula, penduduk2 kampung ini dikejutkan dengan berita bahawa projek empangan ini diteruskan.

Tetapi nama projek sudah tukar dari empangan Kaiduan kepada empangan Papar – walaupun sungai yang sama dan kampung-kampung yang sama tetap di tenggelamkan.

Nampaknya PH tidak mungkir janji kerana projek empangan Kaiduan dihentikan. Cuma mereka tidak beritahu hanya nama projek telah ditukar, projek tetap diteruskan dan kampung mereka masih akan ditenggalami.

Penduduk2 kampung itu mengulas lagi “we feel cheated by PH”.

Itu Bahasa Inggeris untuk “Kami terus-terang telah dikencing oleh Harapan”.

Comments

Comments