
“Memandangkan Leissner merupakan pegawai atasan Goldman Sachs yang berurusan dengan 1MDB, dan memandangkan 1MDB dikepalai oleh Najib pada ketika Noryana dibantu oleh Leissner, sudah wujud konflik kepentingan dan kemungkinan salah guna kuasa yang kini wajib disiasat”
Raggie Jessy Rithaudeen
لياسسنير ددهكن اد هوبوڠن سوليت دڠن تيڬ وانيتا مليسيا، دوا بركايت ڤوليتيك
Semalam, media melaporkan keterangan seorang bekas pegawai bank Goldman Sachs di Mahkamah Amerika Syarikat, berhubung Datuk Seri Najib Tun Razak dan satu pertemuan yang diadakannya bersama bekas CEO bank tersebut, Lloyd Blankfein.
Menurut Tim Leissner, Najib membawa satu agenda dalam pertemuannya bersama Lloyd, di mana Najib meminta peluang kerja diberikan untuk tiga anaknya sebagai balasan kepada perniagaan yang lumayan melibatkan 1MDB.
Hari ini pula, anak Najib sendiri, Noryana Najwa, mengakui bahawa dia berjaya mendapatkan pekerjaan dengan bantuan Leissner di TPG Capital, sekaligus mengesahkan hubungan baik Leissner dengan keluarga Najib.
Menurut Noryana, pengenalan kepada TPG dibuat selepas beliau diberitahu bahawa kerja yang dimintanya di Goldman Sachs boleh menjadi konflik kepentingan, memandangkan bank pelaburan itu menjalankan perniagaan dengan kerajaan Malaysia.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Ini mengesahkan bahawa anak Najib sememangnya telah cuba untuk mendapatkan pekerjaan di Goldman Sachs dan menimbulkan persoalan jika Leissner akhirnya membantu Noryana mendapatkan kerja di TPG sebagai “trade-off” bagi memenuhi syarat Najib kepada Lloyd.
Apa pun, memandangkan Leissner merupakan pegawai atasan Goldman Sachs yang berurusan dengan 1MDB, dan memandangkan 1MDB dikepalai oleh Najib pada ketika Noryana dibantu oleh Leissner, sudah wujud konflik kepentingan dan kemungkinan salah guna kuasa yang kini wajib disiasat.
Justeru, pihak-pihak berkaitan di Malaysia perlu mengambil keterangan Najib dan ketiga-tiga anaknya serta mendapatkan bantuan kerajaan Amerika Syarikat bagi menyoal Lloyd dan Leissner.
Manakala itu, Najib telah membuat dakwaan yang tidak berasas dalam Facebook miliknya apabila menulis:
“..tajuk berita media-media tempatan memberi bayangan bahawa saya disogok oleh Goldman Sachs yang tawarkan bagi anak-anak saya bekerja di bank tersebut, apa yang diterangkan oleh saksi bekas eksekutif Tim Leissner ialah CUBAAN mereka untuk menyogok saya.”
Ini palsu, kerana:
1. Tidak ada mana-mana media arus perdana yang saya tahu, yang melaporkan atau memberi bayangan kononnya Najib disogok oleh Goldman Sachs yang tawarkan anak-anaknya bekerja di bank tersebut, dan
2. Fokus keterangan Leissner tiada kaitan dengan “CUBAAN Goldman untuk menyogok Najib,” tapi dakwaan bahawa Najib CUBA mendapatkan peluang kerja bagi tiga anaknya sebagai balasan kepada perniagaan yang lumayan melibatkan 1MDB.
Sekian
WAJIB BACA:
