Pengakuan bekas naib presiden PKR Sabah mencurigakan

“Tidak ada sebab Kenny keluar dari PKR melainkan ianya mampu membawa ‘perubahan’ dalam kepimpinan Sabah tanpa menunjukkan kepada umum bahawa PKR terlibat dalam usaha membawa perubahan itu”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤڠاكوان بكس ناءيب ڤريسيدن ڤقر سابه منچوريڬاكن

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam, Kenny Chua Teck Ho hari ini mendakwa, usaha meminda perlembagaan Parti Warisan Sabah (Warisan) bagi memberi ruang kepada Tun Dr Mahathir Mohamad adalah salah satu punca beliau meninggalkan PKR awal minggu lalu.

“Ia bertentangan dengan prinsip saya untuk bersama dalam kerajaan negeri yang ditadbir Warisan yang terang-terangan menyatakan sokongannya kepada Dr Mahathir.




“Malah, mereka dikatakan telah bersedia untuk meminda perlembagaannya bagi membawa masuk beliau (Dr Mahathir) ke dalam parti,” katanya dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh Astro Awani.

Sepintas lalu, Kenny merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam di Sabah yang dipecat atas dakwaan beliau berada dalam blok bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dan terlibat dalam usaha menjatuhkan kerajaan pimpinan Datuk Seri Shafie Apdal.

Dakwaan terbaru Kenny ini dilihat sebagai usaha beliau menjawab persoalan yang saya tiimbulkan awal pagi tadi berhubung satu lagi dakwaan kononnya presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ingin “mengajar” Shafie disebabkan cadangan DAP untuk menjadikan Ketua Menteri Sabah itu calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Saya menulis:

Saya ingin membawa perhatian saudara saudari terhadap satu lagi dakwaan, bahawa Anwar ‘merestui’ kerjasama Kenny dan Tan Sri Musa Aman kerana mahu “mengajar” Shafie.

Saya tidak dapat pastikan samada dakwaan ini sahih atau tidak tetapi mendengarnya dari beberapa sumber dalaman yang saling tidak mengenali satu sama lain, termasuk ABAI.

Menurut ABAI, Anwar ingin “mengajar” Shafie disebabkan cadangan DAP untuk menjadikan Ketua Menteri Sabah itu calon perdana menteri Pakatan Harapan (PH).

Loading...

Ini sekaligus menjadikan penentangan Anwar terhadap Pilihan Raya Sabah dan sokongan Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah terhadap Kenny logik, memandangkan usaha Anwar untuk “mengajar” Shafie, andai kata benar ianya wujud, gagal.

Saya difahamkan, hubungan akrab antara Anwar dan Kenny diketahui oleh ramai pemimpin Sabah yang terkejut dengan tindakan Anwar memecat Kenny secara tiba-tiba.

Justeru, saya mengesyaki bahawa tindakan Anwar memecat Kenny adalah “wayang kulit” semata-mata bagi menangkis persepsi yang mungkin timbul di kalangan pemimpin Sabah bahawa beliau terlibat dalam usaha sulit untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Shafie.

Sekiranya benar, bukan hanya Kenny mangsa politik Anwar, DAP dan AMANAH perlu membuka mata dan sedar bahawa Anwar mempunyai agendanya tersendiri yang hanya akan merugikan sesiapa sahaja yang berdamping dengannya.

Sebenarnya, pengakuan Kenny hari ini tidak masuk akal kerana Anwar sendiri tidak bersetuju dengan pencalonan Mahathir.

Justeru, tidak ada sebab Kenny keluar dari PKR melainkan ianya mampu membawa ‘perubahan’ dalam kepimpinan Sabah tanpa menunjukkan kepada umum bahawa PKR terlibat dalam usaha membawa perubahan itu.

Ini hanya pendapat saya.

Apakah Kenny bersetuju dengan pendapat ini?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...