TONTON JUGA: Anwar perangkap diri sendiri isu pengampunan Najib
“Samada Lembaga Pengampunan bagi nasihat atau tak bagi nasihat, pun tak penting. Itu hujah di Mahkamah Tinggi oleh Anwar Ibrahim!”
Raggie Jessy Rithaudeen
Sebarang kenyataan berhubung kuasa budi bicara mutlak Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pengampunan wajib berpandu kepada keputusan mahkamah yang sedia ada.
Demikian menurut peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla, merujuk kepada kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini.
Ahad lalu, Anwar mendakwa keputusan pengampunan oleh Yang Di-Pertuan Agong mesti dibuat dałam mesyuarat Lembaga Pengampunan.
Dalam berkata demikian, Anwar membayangkan Peguam Negara menasihati kerajaan bahawa keputusan yang dibuat di luar daripada Lembaga Pengampunan adalah tidak sah.
Menurut Haniff, kenyataan Anwar tidak betul dan bercanggah, bukan hanya dari segi kedudukan peundangan yang sedia ada, tetapi juga dengan pendirian Anwar sendiri di Mahkamah Tinggi.
Berikut adalah rumusannya:
1. Percanggahan kenyataan Anwar dengan kedudukan perundangan sekarang
Soal perlukah Yang Di-Pertuan Agong mengikut nasihat Lembaga Pengampunan atau adakah Yang Di-Pertuan Agong memiliki kuasa budi bicara mutlak telah dibangkitkan di medan mahkamah beberapa kali sejak tahun 70-an lagi.
Menurut Haniff, dalam kesemua kes, termasuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Mohd Khairul Azam pada 2002 dan 2003 (kes terkini), mahkamah telah memberikan takrifan jelas tentang maksud perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.
“Melalui takrifan itu, mahkamah telah mengatakan bahawa budi bicara Agong adalah mutlak.
“Samada Lembaga Pengampunan dibentuk dengan sahih atau tidak tak relevan. Samada mereka ada bagi nasihat atau tidak pun tak penting.
“Samada Peguam Negara ada bagi laporan kepada Lembaga Pengampunan atau tidak, itu pun tak relevan.
“(Pokoknya,) Lembaga Pengampunan tidak mengikat keputusan YDPA, (dan) itu keputusan mahkamah,” kata Haniff.
Menurut Haniff, walaupun berlaku pindaan kepada Perkara 40, Fasal 1 (A) pada 20 Jun 1994, keputusan mahkamah bagi kes-kes selepas itu, termasuk kes Datuk Seri Anwar Ibrahim lawan Mohd Khairul Azam pada 2002 dan 2003, mengekalkan bahawa budi bicara Yang Di-Pertuan Agong dalam soal pengampunan (Perkara 42) kekal mutlak.
2. Percanggahan kenyataan Anwar dengan pendirian Anwar sendiri di Mahkamah Tinggi
Merujuk kepada kes saman pemula yang difailkan oleh peguam Mohd Khairul Azam terhadap Anwar, Lembaga Pengampunan dan Kerajaan Malaysia, Haniff, yang mewakili Khairul, berkata;
“Kami tidak pernah cabar kesahihan pengampunan hukuman. Kami hanya persoal samada sabitan bersalah Anwar dibatalkan atau tidak.
“Satu isu sampingan yang berbangkit dalam kes itu adalah (seperti berikut):
“Peguam Negara, Apandi Ali, telah diletakkan di bawah “garden leave” (cuti kebun) pada 14 Mei, dua hari sebelum itu (sebelum Lembaga Pengampunan bersidang untuk mempertimbangkan pengampunan Anwar).
“(Kemudian), ada satu surat yang kononnya Apandi Ali sain (tandatangan) untuk melantik seorang pegawai dia (bagi mewakilinya di Lembaga Pengampunan).
“Di bawah Perlembagaan Persekutuan Perkara 42, seorang Peguam Negara yang sah boleh lantik wakil dia untuk duduk (di Lembaga Pengampunan).
“Tapi (masalahnya), Apandi bercuti (pada ketika surat itu ditandatangani). Jadi persoalan yang ditampilkan secara sampingan adalah, adakah Lembaga Pengampunan terbentuk secara sah?
“Mereka (pasukan Anwar) buat permohonan untuk batalkan cabaran kita, dengan berkata, ‘tak payah dengar, sebab berpandukan kepada kes-kes ini (yang Haniff senaraikan di atas), telah dinyatakan bahawa keputusan Yang Di-Pertuan Agong adalah muktamad, mutlak, tidak boleh dicabar. Samada Lembaga Pengampunan bagi nasihat atau tak bagi nasihat, pun tak penting.
“Itu hujah di Mahkamah Tinggi oleh Anwar Ibrahim!”
Nampak tak percanggahan kenyataan Anwar terkini dengan pendirian Anwar sendiri di Mahkamah Tinggi?
