Penganalisis: Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis dijangka memihak Warisan

Menurut penganalisis, Warisan merupakan pemerintah negeri ketika ini dan isu yang akan dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen menjurus kepada permasalahan setempat. Sumber (gambar): MMO

ڤڠنعليسيس: ڤيليهن راي كچيل ڤرليمين كيمنيس دجڠك مميهق كڤد واريثن

Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berkemungkinan memihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) berikutan pengaruh Muafakat Nasional tidak begitu mendapat tempat di Sabah.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed malah berkata, Pas juga tiada sebarang kekuatan di negeri berkenaan.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah serta batal.

Proses penamaan calon semalam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48.


SHAH ALAM: Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis berkemungkinan memihak kepada Parti Warisan Sabah (Warisan) berikutan pengaruh Muafakat Nasional tidak begitu mendapat tempat di Sabah.

Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM), Profesor Madya Dr Ahmad Marthada Mohamed malah berkata, Pas juga tiada sebarang kekuatan di negeri berkenaan.




Menurutnya, Warisan merupakan pemerintah negeri ketika ini dan isu yang akan dibangkitkan sepanjang tempoh berkempen menjurus kepada permasalahan setempat.

“Sentimen di Sabah berbeza berbanding di Semenanjung. PRK Kimanis hanya antara Warisan dan UMNO selain dibantu rakan lain seperti Parti Bersatu Sabah (PBS) yang berpengalaman dalam pilihan raya di negeri tersebut.

“PRK ini akan menyaksikan sejauh mana Warisan di bawah presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dapat memperluaskan pengaruh dengan mengambil kira sama ada dasar-dasar kerajaan negeri memberi manfaat kepada rakyat Sabah.

“Bagi saya, mungkin PRK ini tidak sengit. BN pula diwakili calon yang tidak banyak pengalaman. Kemungkinan menang, Warisan 60 peratus manakala BN 40 peratus,” katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.

PRK Kimanis diadakan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya memutuskan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman bagi kerusi Parlimen itu pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah tidak sah serta batal.

Proses penamaan calon semalam menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Ketua Warisan Bahagian Kimanis, Datuk Karim Bujang, 67, dan Ketua UMNO Bahagian Kimanis, Datuk Mohamad Alamin, 48.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...