Penganalisis yang tersilap ramal ‘BN akan menang 160 kerusi di PRU14’ kini ramal PN, BN akan menang 147 kerusi di PRU15

Menurut Hoo, sekiranya UMNO, PAS dan PPBM bersatu dalam PRU15, mereka bakal menguasai 100 kerusi Parlimen. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڠنعليسيس يڠ ترسيلڤ رامال ‘بن اكن منڠ 160 كروسي د ڤرو14′ كيني رامال ڤن، بن اكن منڠ 147 كروسي د ڤرو15

Penganalisis Politik Dr Hoo Ke Ping yang pernah meramalkan “Barisan Nasional akan menang majoriti besar” di Pilihan Raya Umum ke-14 kini meramalkan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan menang besar di Pilihan Raya Umum ke-15.

Walaubagaimanapun, sebaik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Hoo memberitahu bahawa Barisan Nasional akan menang sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen disebabkan PAS akan “pecahkan undi pembangkang dan 30 peratus undi Cina.”

Bukan hanya ramalan dan analisa Hoo tersasar jauh, Barisan Nasional kalah teruk di Pilihan Raya berkenaan manakala lebih 92 peratus undi Cina dirampas oleh gabungan Pakatan Harapan.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, parti Warisan yang jelas mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya meningkatkan lagi perolehan kerusi, jauh mengatasi perolehan kerusi parti yang dipimpin Perdana Menteri sendiri.


Penganalisis Politik yang pernah meramalkan “Barisan Nasional akan menang majoriti besar” di Pilihan Raya Umum ke-14 kini meramalkan gandingan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional akan menang besar di Pilihan Raya Umum ke-15.

Menurut Dr Hoo Ke Ping, sekiranya PPBM, PAS dan UMNO bersatu dalam PRU15, mereka bakal menguasai 100 kerusi Parlimen.




“Ditambah pula kerusi di Sarawak dan Sabah serta kerusi MCA dan MIC, terdapat peluang cerah PN, BN dan Pas mendekati bilangan 147 kerusi iaitu bilangan majoriti dua pertiga.

“Kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam susun atur ini akan memastikan beliau menjadi Perdana Menteri. Pemimpin UMNO akan menjadi Timbalan Perdana Menteri pertama, manakala pemimpin Pas akan menjadi Timbalan Perdana Menteri kedua,” katanya dalam satu kenyataan yang dibawa oleh Sinar Online.

Walaubagaimanapun, sebaik sebelum Pilihan Raya Umum ke-14, Hoo memberitahu bahawa Barisan Nasional akan menang sekurang-kurangnya 160 kerusi parlimen disebabkan PAS akan “pecahkan undi pembangkang dan 30 peratus undi Cina.”

Bukan hanya ramalan dan analisa Hoo tersasar jauh, Barisan Nasional kalah teruk di Pilihan Raya Umum ke-14 manakala lebih 92 peratus undi Cina dirampas oleh gabungan Pakatan Harapan.

Pada Pilihan Raya Negeri Sabah baru-baru ini, parti Warisan yang jelas mendukung perjuangan Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya meningkatkan lagi perolehan kerusi, jauh mengatasi perolehan kerusi parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri sendiri.

Manakala itu, terdapat bukti kukuh berlaku peralihan undi Bumiputra Muslim ke DAP dan peningkatan jumlah undi yang diperolehi oleh parti itu.

Seandainya parti Pejuang turut bertanding di bawah bumbung WARISAN Oktober lalu, parti Sabah itu dijangka mencantas terus PPBM dan sebahagian kerusi UMNO kerana rakyat Sabah akan berpihak kepada “kuasa ketiga.”

Loading...

Memandangkan PEJUANG tidak bertanding di Sabah, PPBM berjaya memperolehi 11 kerusi, itu pun atas ehsan UMNO (4 kerusi) dan persempadanan semula yang mewujudkan dua kerusi tambahan yang ditandingi PPBM.

RJ RITHAUDEEN

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...