Penganggur dipenjara selepas gagal bayar denda hina Agong

Mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan. Sumber (gambar): Fail TTF

Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sahril Zainudin, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil Facebook “Puan Linda”.

Dia turut dituduh secara sedar telah membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya pada 29 Feb hingga 1 Mac lepas dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.


KUALA LUMPUR: Seorang penganggur menggigil serta hampir rebah apabila Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman denda RM27,000 atau penjara sembilan bulan kerana membuat hantaran jelik menghina Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, menggunakan profil Facebook palsu milik seorang wanita.

Hakim M. M. Edwin Paramjothy menjatuhkan hukuman itu ke atas Sahril Zainudin, 26, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas dia mengaku bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.




Hasil semakan media, sehingga jam 5 petang,  OKS masih tidak membayar denda tersebut dan dihantar ke Penjara Kajang.

Bagi pertuduhan pertama, mahkamah menjatuhkan hukuman denda RM9,000 atau tiga bulan penjara atas kesalahan menghantar komunikasi jelik dan RM18,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menggunakan akaun Facebook palsu.

Dalam penghakimannya, Edwin berkata mahkamah mengambil kira bahasa dan adat serta hantaran keterlaluan yang telah menghina dan menjatuhkan Agong sebagai raja berpelembagaan.

“Tindakan OKS juga yang mewujudkan akaun palsu dengan menggunakan nama Fatin Aslinda Abu Talib ,31, untuk membuat hantaran itu telah banyak mendatangkan kemudaratan dan menganiayai wanita itu,” katanya.

Beliau berkata penyalahgunaan media sosial seperti ini yang dilakukan oleh OKS dipandang berat kerana penama iaitu Fatin telah menerima ugutan culik dan rogol daripada orang awam yang tidak dikenalinya.

Mengikut pertuduhan pertama, lelaki itu didakwa secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang jelik sifatnya terhadap Yang di-Pertuan Agong dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Facebook menggunakan nama profil Facebook “Puan Linda”.

Pautan itu telah dibaca di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 1.05 petang, 2 Mac lepas.

Loading...

Dia didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya dan boleh juga didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan, selepas sabitan.

Dia turut dituduh secara sedar telah membuat kenyataan membabitkan Yang di-Pertuan Agong dalam Facebooknya pada 29 Feb hingga 1 Mac lepas dengan niat hendak menyebabkan ketakutan atau kegentaran kepada orang awam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Annur Atiqah Abd Hadi memohon hukuman berbentuk pengajaran dengan mengambil kira OKS telah menggunakan akaun individu lain untuk membuat hantaran di media sosial.

Bagaimanapun, Sahril, yang tidak diwakili peguam, merayu hukuman ringan kerana telah diberhentikan kerja serta menjaga ibu bapanya yang uzur.

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...