Pihak jawatankuasa penganjur Ekspo Tattoo Malaysia 2019, Blackout Trading Carlos @ Benny, memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai kejadian separuh bogel yang berlaku dalam acara itu.
Dalam pada itu, Carlos berkata, niat pihaknya untuk menganjurkan acara antarabangsa itu dengan tujuan mempromosikan industri pelancongan, terutamanya dalam seni dan budaya.
Ekspo berlangsung bermula 29 November itu didakwa mendapat sokongan MOTAC seperti tertera di layar belakang pentas.
Bagaimanapun, Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi dilaporkan berkata, pihaknya tidak pernah meluluskan sebarang peragaan separuh bogel dalam ekspo itu dan mustahil bagi kementeriannya untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen lucah.
KUALA LUMPUR: Pihak jawatankuasa penganjur Ekspo Tattoo Malaysia 2019 memohon maaf kepada rakyat Malaysia mengenai kejadian separuh bogel yang berlaku dalam acara itu.
Pengasas Blackout Trading Carlos @ Benny berkata, ia tidak disengajakan dan pihaknya akan bertanggungjawab sepenuhnya mengenai kejadian terbabit.
“Kekurangan ‘due diligence’ (penelitian wajar) ini tidak sepatutnya berlaku. Kami jelas gagal melindungi kepentingan orang ramai.
“Ketika ini, kami hanya mampu memohon maaf dan akan memperbetulkan keadaan selain memperbaiki apa yang perlu diperbaiki,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Carlos berkata, niat pihaknya untuk menganjurkan acara antarabangsa itu dengan tujuan mempromosikan industri pelancongan, terutamanya dalam seni dan budaya.
Katanya, tatu adalah bentuk seni yang penting dan diamalkan di seluruh dunia termasuk Malaysia
“Kami sememangnya mendapat sokongan dari Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB), sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) bagi Ekspo Tattoo Malaysia 2019.
“Namun, kami gagal memberikan pendedahan penuh mengenai aktiviti yang berlangsung dalam acara terbabit.
“Kami menghormati keputusan yang akan dibuat oleh MOTAC dan MyCEB dan sedia menerima akibat daripadanya. Mereka juga tidak seharusnya dipersalahkan akibat kejadian yang berpunca daripada kami,” katanya.
Carlos berkata, perkara itu tidak akan berlaku lagi berikutan pihaknya sudah mempelajari daripada kesilapan.
“Kami memberi jaminan bahawa kami mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegahnya daripada berlaku pada masa akan datang. Kami juga berjanji akan memperbaikinya pada masa hadapan,” katanya.
Kelmarin tular gambar lelaki dan wanita bertatu separuh bogel yang menyertai ekspo bertaraf antarabangsa itu.

Sumber: