Pengerusi Dong Zong disoal siasat Bukit Aman

Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Dong Zong mendakwa, pengenalan seni khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran BM. Sumber (gambar): Fail TTF

Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim hadir ke Bukit Aman, semalam untuk memberi keterangan dipercayai berhubung isu pembelajaran tulisan Jawi.

Tai Kim ketika ditemui pemberita, memaklumkan pihaknya dihubungi oleh seorang pegawai polis, semalam untuk hadir ke Bukit Aman, hari ini.

“Kami dimaklumkan untuk hadir ke Bukit Aman, hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang diterima pihak polis.

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi untuk seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.


KUALA LUMPUR: Pengerusi Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong), Tan Tai Kim hadir ke Bukit Aman, semalam untuk memberi keterangan dipercayai berhubung isu pembelajaran tulisan Jawi.

Beliau hadir ke Bukit Aman bersama Setiausaha Agung Dong Zong, Ng Chai Heng serta dua peguam, Abraham Au dan Ng Guang Fa.

Mereka tiba pada jam 9.30 pagi sebelum dilihat keluar dari pintu utama ibu pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.


Tai Kim ketika ditemui pemberita, memaklumkan pihaknya dihubungi oleh seorang pegawai polis, semalam untuk hadir ke Bukit Aman, hari ini.

“Kami dimaklumkan untuk hadir ke Bukit Aman, hari ini bagi membantu siasatan berhubung beberapa laporan polis yang diterima pihak polis.

“Kami cuba beri kerjasama sebaik-baiknya kepada pihak polis dengan hadir ke sini hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, Tai Kim menegaskan bahawa Dong Zong bukan satu pertubuhan yang bersifat perkauman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed, dalam satu kenyataan, Sabtu lalu memaklumkan Tai Kim akan dipanggil ke Bukit Aman susulan aduan diterima mengenai kenyataan Perdana Menteri menyifatkan Dong Zong sebagai rasis kerana mendakwa langkah kerajaan memperkenalkan tulisan Jawi di sekolah satu bentuk Islamisasi.

Beliau berkata, kes membabitkan Dong Zong disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan (sengaja mengaibkan dengan niat membangkitkan pecah keamanan).

Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 12 pertubuhan pendidikan Cina dan Tamil menolak keputusan Kementerian Pendidikan memperkenalkan tulisan Jawi untuk seni khat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (BM) untuk pembelajaran murid Tahun 4 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan SJK Tamil.

Pertubuhan dipimpin Gabungan Persatuan Guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) dan Dong Zong mendakwa, pengenalan seni khat bagi murid di dua aliran sekolah terbabit tidak bertepatan keperluan sebenar pembelajaran BM.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...