GERAKAN BANGSA NASIONAL
Majlis Pencerahan GBN Bersama Rakyat bertemakan “Islam Mampu Kuburkan DAP” yang seharusnya berlangsung 3 petang Jumaat ini di Hotel Summit USJ terpaksa ditunda ke 17 hb Ogos 2019 di tempat dan waktu yang sama.
Ini memandangkan Pengerusi GBN Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, terpaksa dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab kecemasan tertentu yang kami diberitahu agak serius.
GBN meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dialami mana-mana pihak disebabkan penangguhan ini dan berjanji akan meneruskan program kami Sabtu minggu hadapan.
GBN turut akan menghubungi tetamu-tetamu jemputan dari UMNO dan PAS serta kumpulan veteran UMNO Sabak Bernam pagi ini bagi memaklumkan berkenaan penangguhan ini dan menjemput mereka sekali lagi untuk menghadiri program pada tarikh baru yang ditetapkan.
Apapun, saya bersama Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup akan mengadakan sidang media Jumaat ini bagi memperinci isu seni khat dan penulisan Jawi dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk menghadiri sidang tersebut.
Saya akan mengumumkan masa dan lokasi di mana sidang tersebut akan diadakan dan turut menjemput pihak PDRM untuk memantau sidang ini.
Sekian.
RJ Rithaudeen
