Pengerusi GBN Sabak Bernam kritikal, program bersama rakyat Jumaat ini ditunda minggu depan

GERAKAN BANGSA NASIONAL

Majlis Pencerahan GBN Bersama Rakyat bertemakan “Islam Mampu Kuburkan DAP” yang seharusnya berlangsung 3 petang Jumaat ini di Hotel Summit USJ terpaksa ditunda ke 17 hb Ogos 2019 di tempat dan waktu yang sama.




Ini memandangkan Pengerusi GBN Sabak Bernam, Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, terpaksa dimasukkan ke hospital atas sebab-sebab kecemasan tertentu yang kami diberitahu agak serius.

GBN meminta maaf atas sebarang kesulitan yang dialami mana-mana pihak disebabkan penangguhan ini dan berjanji akan meneruskan program kami Sabtu minggu hadapan.

GBN turut akan menghubungi tetamu-tetamu jemputan dari UMNO dan PAS serta kumpulan veteran UMNO Sabak Bernam pagi ini bagi memaklumkan berkenaan penangguhan ini dan menjemput mereka sekali lagi untuk menghadiri program pada tarikh baru yang ditetapkan.

Apapun, saya bersama Rosdzaman Dato’ Mohd Yusup akan mengadakan sidang media Jumaat ini  bagi memperinci isu seni khat dan penulisan Jawi dan mempelawa sesiapa yang berminat untuk menghadiri sidang tersebut.

Saya akan mengumumkan masa dan lokasi di mana sidang tersebut akan diadakan dan turut menjemput pihak PDRM untuk memantau sidang ini.

Sekian.

RJ Rithaudeen



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...