Pengesahan pembantu Anwar tak laku, Anwar sendiri harus mengaku cuba menipu ahli parlimen

Raggie Jessy Rithaudeen

Pagi tadi, portal berita Malaysiakini melaporkan salah seorang pembantu Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebagai mengesahkan bahawa akuan bersumpah yang memaparkan nama dan tandatangan Anwar yang saya terbitkan semalam palsu.

Di dalam akuan bersumpah tersebut, Anwar mendakwa memiliki sokongan dua pertiga ahli parlimen bagi menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia.




Malah, Anwar turut berjanji melantik Muhyiddin sebagai Timbalan Perdana Menteri menggantikan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Islmail dan menyatakan komitmen beliau untuk memastikan proses peralihan kuasa berjalan dengan lancar.

Saya meminta jasa baik Anwar untuk mengesahkan sekiranya akuan bersumpah tersebut sahih atau palsu dan memberikan beliau tempoh sehingga 12 tengah hari ini untuk menjawab.

Malangnya, yang membuat pengesahan ialah pembantu peribadi Anwar, bukannya Anwar sendiri.

Ini tidak memadai, memandangkan akuan-akuan bersumpah ini (termasuk akuan bersumpah Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) berasal daripada orang-orang Anwar sendiri dan dikhuatiri telah digunakan oleh mereka untuk menipu sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen.

LIHAT: [VIDEO] PEMBONGKARAN PENUH RANCANGAN ANWAR-DAP GULINGKAN MAHATHIR (PLAN A, B DAN C), KEWUJUDAN AKUAN-AKUAN BERSUMPAH PALSU

Justeru, saya tidak dapat menerima pengesahan daripada pembantu Anwar dan hendak Anwar sendiri menjawab sekiranya akuan bersumpah yang memaparkan nama dan tandatangan beliau itu sahih atau palsu.

Saya turut ingin pengesahan daripada Anwar sekiranya benar akuan-akuan bersumpah tersebut dimiliki oleh agen-agen beliau dan diedarkan kepada orang-orang tertentu bagi tujuan penipuan.

Loading...

Saya mengesyorkan agar Anwar menjawab persoalan ini sebelum jam 12 tengah hari esok dan mengaku sekiranya beliau ataupun agen-agen beliau bersubahat membuat akuan bersumpah palsu bagi tujuan penipuan.

Sekian



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...