Pengguna Facebook tuduh Wan Azizah curi AS$50 juta, Pemuda Keadilan buat laporan polis

Setiausaha AMK Perak Zaim Sidqi Zulkifly dikatakan membuat laporan polis di Balai Polis Ipoh, Perak pada pukul 3 petang bagi meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap hantaran Facebook yang menuduh Wan Azizah curi AS$50 juta. Sumber (gambar): Fail TTF

ڤڠڬونا فاچبووق تودوه وان عزيزه چوري اس$50 جوت، ڤمودا كعاديلن بوات لاڤورن ڤوليس

Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dikatakan telah membuat laporan polis bagi meminta pihak polis menyiasat satu hantaran Facebook yang didakwa berunsur hasutan.

Menurut laporan, hantaran tersebut berkaitan sumbangan AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia yang diselaraskan oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Semalam, sebuah posting di akaun Facebook “Pejabat Timbalan Kanan Setia” mendakwa Wan Azizah mencuri dana AS$50 juta sumbangan Qatar Foundation kepada Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Jumaat lalu, Wan Azizah menafikan dakwaan sumbangan AS$50 juta dari Qatar telah disalurkan kepada Pakatan Harapan.


PETALING JAYA: Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini dikatakan telah membuat laporan polis bagi meminta pihak polis menyiasat satu hantaran Facebook yang didakwa berunsur hasutan.

Menurut laporan, hantaran tersebut berkaitan sumbangan AS$50 juta dari Qatar kepada pelarian Rohingya di Malaysia yang diselaraskan oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.




Setiausaha AMK Perak, Zaim Sidqi Zulkifly dikatakan membuat laporan polis di Balai Polis Ipoh, Perak pada pukul 3 petang bagi meminta pihak polis untuk mengambil tindakan terhadap hantaran Facebook itu.

“AMK Perak melihat hantaran tersebut satu dakwaan jahat fitnah dan jenayah di bawah seksyen 499 dan seksyen 500 Kanun Keseksaan.

“AMK Perak berharap tindakan dapat diambil oleh pihak polis dan SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) terhadap admin page (pentadbira halaman Facebook) ini,” Sidqi dilaporkan sebagai berkata.

Semalam, sebuah posting di akaun Facebook “Pejabat Timbalan Kanan Setia” mendakwa Wan Azizah mencuri dana AS$50 juta sumbangan Qatar Foundation kepada kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Laman tersebut turut didakwa menggunakan perkataan-perkataan tidak senonoh terhadap Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan partinya.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut dikatakan telah dipadamkan selepas ianya mendapat kritikan daripada netizen.

Jumaat lalu, Wan Azizah menafikan dakwaan sumbangan AS$50 juta dari Qatar telah disalurkan kepada Pakatan Harapan.

Loading...

Menurutnya, dana tersebut disalurkan terus kepada beberapa NGO berkaitan di mana Yayasan Kebajikan Negara hanya bertindak sebagai penyelaras.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...