
ڤڠڬوناان اير: مب قدح لانتيق ڤانل ڤڬوام تونتوت رم50 جوت ستاهون دري ڤولاو ڤينڠ
Kerajaan Kedah melantik panel peguam untuk mengendalikan tuntutan caj air mentah diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda, kata Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menunjukkan kerajaan negeri sangat serius dalam isu itu, setelah sekian lama permintaannya tidak diendahkan Pulau Pinang.
Kerajaan Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapatkan bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah.
Kerajaan Pulau Pinang dilihat tidak mahu melayan tuntutan itu, dengan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, penggunaan air oleh negeri itu dari sungai khususnya di kawasan sempadan negeri sejajar hak dan undang-undang antarabangsa.
PETALING JAYA: Kerajaan Kedah melantik panel peguam untuk mengendalikan tuntutan caj air mentah diambil Pulau Pinang melalui Sungai Muda, kata Menteri Besarnya, Muhammad Sanusi Md Nor.
Beliau berkata, tindakan itu diambil bagi menunjukkan kerajaan negeri sangat serius dalam isu itu, setelah sekian lama permintaannya tidak diendahkan Pulau Pinang.
“Kita sudah lantik panel peguam menerusi konsultan (jururunding), kita punya jururunding itu pun masih melihat seorang, dua lagi peguam senior untuk menyertai panel berkenaan.
“Kita sangat serius mengenai isu ini dan akan pergi lebih serius, kita akan dapatkan caj air mentah ini dengan apa cara sekalipun seperti dibenarkan undang-undang,” katanya dipetik Harian Metro selepas menyertai sebuah program di Sungai Petani hari ini.
BACA JUGA: ‘ISMAIL SABRI MENGAKU DAH TU’
Sanusi berkata, pihaknya akan menyerahkan tindakan lanjut kepada panel peguam itu bagi melihat cara terbaik memulakan proses tindakan undang-undang terhadap Pulau Pinang.
Katanya, tuntutan caj air mentah kepada Pulau Pinang bukan sahaja menjadi harapan beliau, tetapi harapan semua rakyat Kedah.
“Kita bukan orang purba hendak redah pergi begitu sahaja, Syarikat Air Darul Aman (SADA) pun membuat bayaran kepada Lembaga Sumber Air Negeri Kedah (LSANK).
“Jadi, harap Pulau Pinang pun bayarlah, saya sudah serius, tapi depa (Pulau Pinang) yang tak serius.”
Kerajaan Kedah sebelum ini mengemukakan tuntutan bertulis kepada Pulau Pinang untuk mengenakan caj air mentah sebanyak RM50 juta setahun, berikutan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mendapatkan bekalan air dari Sungai Ulu Muda yang berpunca dari Kedah.
Kerajaan Pulau Pinang dilihat tidak mahu melayan tuntutan itu, dengan Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow berkata, penggunaan air oleh negeri itu dari sungai khususnya di kawasan sempadan negeri sejajar hak dan undang-undang antarabangsa.
Sumber:
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
