Haniff Khatri
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera :
1. Pagi tadi, Isnin 15.05.2023 Peguamcara ketiga-tiga MAIS, MAIWP dan MAIK telah menerima makluman daripada Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan bahawa Pejabat Peguam Negara (dengan persetujuan Peguamcara Responden) telah memfailkan NOTIS PENARIKAN BALIK RAYUAN bertarikh 18.04.2023, justeru mana tarikh pengurusan Rayuan yang ditetapkan pada 19.05.2023 juga telah dilapangkan, kerana NOTIS RAYUAN pihak Kerajaan terhadap keputusan MAHKAMAH TINGGI KUALA LUMPUR bertarikh 10.03.2021 telah dibatalkan disebabkan pemfailan NOTIS PENARIKAN BALIK RAYUAN bertarikh 18.04.2023 itu.
2. Lanjutan itu, FREEMALAYSIATODAY 15.05.2023 bertajuk “Kalimah Allah: Kerajaan tak teruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah” telah melaporkan :
“Kerajaan tidak berniat meneruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah mengenai hak seorang penganut Kristian dari Sarawak menggunakan kalimah “Allah” bagi tujuan pembelajaran agamanya.
Jabatan Peguam Negara yang mewakili Kementerian Dalam Negeri memaklumkan keputusan itu kepada Mahkamah Rayuan pada 18 April.
Mahkamah Tinggi pada 2021 memutuskan bahawa Jill Ireland boleh menggunakan kalimah “Allah” dalam pembelajaran agamanya.
Haniff Khatri Abdulla, yang mewakili Majlis Agama Islam Negeri Kedah (MAIK), Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) selaku peguam berkata pihaknya hanya dimaklumkan tentang perkara ini pagi tadi.
Pada Januari, mahkamah membenarkan tiga majlis itu bertindak seabgai rakan mahkamah (amicus curiae) dalam rayuan kerajaan itu, selepas mereka menarik balik permohonan untuk mencelah dalam rayuan tersebut.”
(Laporan lengkap FREEMALAYSIATODAY 15.05.2023 bertajuk “Kalimah Allah: Kerajaan tak teruskan rayuan terhadap keputusan mahkamah” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)
3. Terdapat pelbagai PERSOALAN yang WAJIB dan WAJAR dijawab oleh pihak KERAJAAN PERSEKUTUAN dan PEGUAM NEGARA berhubung perkara ini melalui satu KENYATAAN RASMI yang LENGKAP dan TELUS, iaitu :
a. Adakah KEPUTUSAN untuk Menarik Balik Rayuan itu dilakukan dengan memaklumkan dan mengambilkira pandangan “pemegang taruh agama Islam”, antara lain, iaitu Majis-Majlis Agama secara khususnya MAIS, MAIWP dan MAIK ?!,
b. Kenapakah TIADA mana-mana KENYATAAN RASMI yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan berhubung KEPUTUSAN itu sedangkan menurut Menteri Dalam Negeri SAIFUDDIN NASUTION, beliau telah memaklumkan kepada Kabinet akan perkara itu untuk tempoh “berbulan yang lalu” ?!,
(Link Laporan : https://www.freemalaysiatoday.com/…/home-ministry…/ )
c. Kenapakan, walaupun NOTIS PENARIKAN BALIK RAYUAN itu telah difailkan pada 18.04.2023 , namun Kerajaan Persekutuan dan Pejabat Peguam Negara telah GAGAL untuk membuat apa-apa KENYATAAN RASMI sejak SATU (1) BULAN yang lalu, sehinggalah Pejabat Pendaftaran Mahkamah Rayuan memaklumkan berkaitan yang sama kepada Peguamcara MAIS, MAIWP dan MAIK ?!,
d. Apakah dia POLISI KERAJAAN terkini yang akan diarahkan dalam urus kerja pihak berkuasa berkaitan penggunaan perkataan-perkataan seperti “Kalimah ALLAH” dalam percetakan penganut agama selain daripada Islam, ?!
e. Jika jawaban kepada Persoalan (d) di atas adalah TIADA POLISI, maka adakah Kerajaan Persekutuan TIDAK BERHASRAT untuk menyelesaika perkara ini secara sekaligus, dan cuma menangguhkan masalah ini untuk ke tempoh akan datang untuk dikendalikan oleh mana-mana Kerajaan baharu pula ?!
4. Sebagai pengamal undang-undang dan Rakyat Malaysia, kita sebagai Ralyat negara ini BERHAK untuk TUNTUT mana-mana Kerajaan sekalipun, WAJIB menyelesaikan setiap satu isu yang berbangkit secara penyelesaian menyeluruh, kerana itulah sebabnya Rakyat memilih Kerajaan untuk tadbir urus negara dengan efisien dan berkesan, dan bukannya dengan cara pintas untuk menangguhkan isu berkenaan ditangani oleh pihak lain. kerana khuatir akan kesan isu itu kepada populariti Kerajaan itu semata-mata !
5. Saya beri SARANAN kepada Kerajaan Persekutuan yang menggelar dirinya sebagai “Kerajaan MADANI”, supaya melalui Menteri Dalam Negeri SAIFUDDIN NASUTION serta Peguam Negara TS IDRUS HARUN keluarkan satu KENYATAAN RASMI yang LENGKAP dan TELUS berhubung perkara ini sesegera mungkin, supaya Rakyat dapat menilai samada alasan-alasan yang diberikan itu adalah munasabah atau sekadar melepaskan batuk di tangga sahaja !
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA !!!
