PENGUMUMAN: PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR

PENGENAAN CUKAI BARANG DAN PERKHIDMATAN PADA KADAR SIFAR

1. Kementerian Kewangan telah menetapkan bahawa bekalan barang dan perkhidmatan yang dibuat di dalam Malaysia serta barang dan perkhidmatan yang diimport yang dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan ( Goods and Services Tax – GST ) pada kadar standard 6% akan dikenakan GST pada kadar sifar (0%) . Langkah pengenaan GST pada kadar sifar ini berkuatkuasa mulai 1 Jun 2018 dan terpakai di seluruh negara sehingga dimaklumkan kelak . Penetapan tersebut tidak meliputi barang dan perkhidmatan yang disenaraikan di Perintah Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pembekalan Dikecualikan) 2014 yang kekal dikecualikan dari GS T .

2. Sehubungan itu, semua peniaga yang berdaftar perlu mematuhi penetapan pengenaan kadar sifar ini. Pada masa yang sama, peniaga yang berdaftar juga masih tertakluk kepada semua peraturan semasa yang ditetapkan antaranya berkenaan pengeluaran inbois cukai , penghantaran penyata cukai di dalam tempoh bercukai yang ditetapkan dan tuntutan kredit cukai input. Peniaga juga perlu memastikan harga barang dan perkhidmatan yang ditetapkan adalah mematuhi Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 setiap masa.

3. Untuk penjelasan lanjut, sila hubungi Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1 300 88 85 00 atau 03 – 7806 7200 (Pusat Panggilan Kastam) .

Kementerian Kewangan Malaysia
Putrajaya

Comments

Comments


Loading...