Pengundi Melayu-Islam harus guna PRK (Parlimen) Padang Serai sebagai referendum sokong atau tolak Zahid, gandingan UMNO-DAP

“Sekiranya Perikatan Nasional menang besar dan merampas kerusi Padang Serai daripada Pakatan Harapan, maka sah bahawa pengundi Melayu-Islam menolak gandingan BN-PH dan kepimpinan Zahid sebagai presiden UMNO”

Raggie Jessy Rithaudeen

ڤڠوندي ملايو-اسلام هاروس ڬونا ڤرق ﴿ڤرليمين﴾ ڤادڠ سراي سباڬاي ريفيرندوم سوكوڠ اتاو تولق زاهيد، ڬنديڠن امنو-دڤ

Satu Malaysia sedia maklum, bahawa Datuk Seri Dr Amhamd Zahid Hamidi memperdaya ahli-ahli parlimen Barisan Nasional untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Saya menulis (BACA ARTIKEL PENUH DI SINI):

Bukan hanya Zahid memperdaya Yang Di-Pertuan Agong dengan maklumat palsu kononnya kesemua ahli parlimen BN menyokong Anwar, Zahid melakukan penipuan ini setelah meyakinkan ahli-ahli parlimen BN untuk kekal sebagai pembangkang “tanpa menyokong mana-mana calon Perdana Menteri.”

Penipuan Zahid menjurus kepada desakan demi desakan agar beliau melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN dan presiden UMNO.

Namiun, Zahid berdegil dan terus mengekalkan kedudukkannya demi memastikan bahawa Anwar menjadi Perdana Menteri dan BN menyokong kerajaan yang bakal didirikan.

Ini telah menimbulkan ketegangan luar biasa di kalangan ahli-ahli parlimen BN, di mana majoriti daripada ahli-ahli ini memihak kepada Perikatan Nasional.

Saya dimaklumkan bahawa ramai pemimpin UMNO tidak ingin menunggu sehingga pemilihan parti dan sedang mempertimbangkan beberapa kemungkinan, termasuk usul tidak percaya dan Mesyuarat Agung Tergempar untuk menyingkirkan Zahid.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15, walaupun peratus yang keluar mengundi agak tinggi, peratus pengundi Melayu-Islam jauh ketinggalan berbanding pengundi Cina dan India.

Loading...

Ini disebabkan majoriti penyokong UMNO di kawasan bandar cukup meluat dengan pentadbiran Zahid dan enggan keluar mengundi.

Namun, boikot ini tidak harus berulang di Pilihan Raya Kecil kawasan parlimen Padang Serai yang bakal berlangsung 7hb Disember depan.

Sebaliknya, pengundi Melayu-Islam harus turun beramai-ramai untuk memberi mesej jelas kepada Zahid dan UMNO bahawa mereka tidak bersetuju dengan ‘pertunangan’ UMNO-DAP-PKR.

Perlu diingatkan di sini, bahawa UMNO menetapkan sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 bahawa parti itu tidak sekali-kali akan kerjasama dengan Anwar atau DAP.

Penetapan ini dibuat pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu dan masih kekal pada ketika Zahid memutuskan untuk membawa UMNO masuk kerajaan minoriti Anwar dan DAP.

Justeru, Pilihan Raya Kecil parlimen Padang Serai harus dijadikan sebagai referendum untuk menilai samada masyarakat Melayu-Islam “terima atau tolak Zahid dan gandingan BN-PH.”

Untuk itu, peratus Melayu-Islam yang keluar mengundi perlulah tinggi, seeloknya melebihi 90 peratus jumlah pengundi Melayu-Islam yang berdaftar.

Sekiranya Perikatan Nasional menang besar dan merampas kerusi Padang Serai daripada Pakatan Harapan, maka sah bahawa pengundi Melayu-Islam menolak gandingan BN-PH dan kepimpinan Zahid sebagai presiden UMNO.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...