
The Third Force sebentar tadi melancarkan satu pengundian terbuka bagi memberi peluang kepada umum untuk mengundi sekiranya DAP dan Dong Jiao Zong harus diharamkan ataupun dibenarkan terus beroperasi.
Pengundian yang dibuat menerusi Facebook GERAKAN BANGSA NASIONAL dan RAGGIE JESSY RITHAUDEEN ini merupakan satu proses pro-demokrasi yang sihat dan tidak harus ditentang oleh pihak DAP ataupun Dong Jiao Zong.
Ini memandangkan proses tersebut menggalakkan rakyat membuat undian apabila timbul sesuatu polemik daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.
SUBANG JAYA: The Third Force sebentar tadi melancarkan satu pengundian terbuka bagi memberi peluang kepada umum untuk mengundi sekiranya DAP dan Dong Jiao Zong harus diharamkan ataupun dibenarkan terus beroperasi.
Ini selaras dengan prinsip demokrasi yang menggalakkan penduduk sesebuah negara untuk membuat sesuatu keputusan berdasarkan “rule of majority” di mana keputusan majoriti lazimnya mencerminkan sentimen dan pendirian rakyat berkenaan sesuatu isu.
Prinsip ini turut dipegang oleh DAP yang turut menyelitkan perkataan “demokrasi” dalam nama parti bagi mencerminkan kesediaan parti tersebut tunduk kepada keputusan majoriti.
Justeru, pengundian yang dibuat menerusi Facebook GERAKAN BANGSA NASIONAL dan RAGGIE JESSY RITHAUDEEN ini merupakan satu proses pro-demokrasi yang sihat dan tidak harus ditentang oleh pihak DAP ataupun Dong Jiao Zong.
Ini memandangkan proses tersebut menggalakkan rakyat membuat undian apabila timbul sesuatu polemik daripada membuat sesuatu yang tidak diingini.
Pengundian ini akan berjalan selama sembilan hari di mana pihak TTF akan mengumumkan keputusan terkini dari masa ke semasa dan juga pada Majlis GBN bersama rakyat yang bakal diadakan Sabtu 17hb Ogos ini di Hotel Summit USJ.
GBN sentiasa mementingkan kemantapan berpolitik demi menjaga keharmonian rakyat dan akur pada kehendak sistem demokrasi berparlimen yang pada ketika ini menjadi tunggak utama pentadbiran negara.
THE THIRD FORCE
