Buletin Utama TV3
Calon PKR kerusi Parlimen Jasin, Melaka Datuk Khairuddin Abu Hassan dikatakan terbabit dalam penipuan jenayah komersil yang membabitkan cek bernilai RM100,000 oleh bekas Ketua Pendaftar Keahlian PPBM Negeri Perak, Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar.
Menurut Azrul, apabila disemak latar belakang cek RM100,000 itu, didapati syarikat NHA Strategic Holding Bhd antara satu daripada 30 syarikat diburu pihak polis atas kesalahan menipu pelabur.
Pada 21 Jun 2017, Datuk Khairuddin meminta pinjam duit itu bagi bayaran kepada mahkamah atas kesalahan menghina mahkamah.
Dengan itu, Azrul dan Datuk Hamidah Osman telah berusaha mendapatkan wang sebanyak RM90,000 dan telah menyerahkan wang tersebut kepada Datuk Khairuddin pada 22 Jun 2017.
Beliau ditemui selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh pada pukul 2 petang tadi.
https://www.facebook.com/BeritaTV3/videos/2184337608248075/
Sumber: Buletin TV3
