Penjelasan ‘tender terbuka’ tidak memadai, Guan Eng patut buat laporan polis

Oh Tong Keong mendakwa Guan Eng sepatutnya lebih tegas termasuk meminta Raja Petra menarik balik dakwaan dan memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan Pakatan Harapan (PH). Sumber (gambar): NST Online

Parti Gerakan menyifatkan penjelasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mana projek terowong dasar laut dibuat secara tender terbuka tidak memadai untuk menyangkal dakwaan wujud unsur rasuah dalam projek itu seperti dibuat penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin.

Menurut Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong, sekiranya pendedahan itu juga adalah fitnah, Guan Eng sepatutnya lebih tegas termasuk meminta Raja Petra menarik balik dakwaan dan memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).


PULAU PINANG: Parti Gerakan menyifatkan penjelasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang mana projek terowong dasar laut dibuat secara tender terbuka tidak memadai untuk menyangkal dakwaan wujud unsur rasuah dalam projek itu seperti dibuat penganalisis politik, Raja Petra Kamarudin.

Sebaliknya, Timbalan Presiden Gerakan, Oh Tong Keong berkata, Guan Eng yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang perlu membuat laporan polis dan mengambil tindakan saman sekiranya berasakan difitnah Raja Petra berhubung isu itu.




Apatah lagi, tambah beliau, Raja Petra turut menamakan Guan Eng serta beberapa Exco kerajaan negeri lain secara langsung dalam pendedahan yang dibuatnya menerusi portal Malaysia Today.

“Pendedahan yang dibuat Raja Petra berhubung unsur rasuah dalam projek terowong dasar laut itu adalah sangat serius.

“Penjelasan Guan Eng yang mana projek itu dibuat secara tender terbuka adalah tidak meyakinkan apatah lagi ia juga tidak boleh menutup hakikat masih boleh wujud unsur rasuah dalam projek tersebut meskipun secara tender terbuka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas reaksi Guan Eng hari ini ketika ditanya mengenai pendedahan Raja Petra itu yang mana disifatkan beliau sebagai penipuan dan mengarut serta menjelaskan projek terowong dasar laut dibuat secara tender terbuka.

Menurut Tong Keong, sekiranya pendedahan itu juga adalah fitnah, Guan Eng sepatutnya lebih tegas termasuk meminta Raja Petra menarik balik dakwaan dan memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Dalam pada itu, beliau turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan berhubung dakwaan yang dibuat Raja Petra berkenaan.

“Tidak kira sesiapa pun yang dikaitkan di dalam dakwaan itu, sekiranya berasas, SPRM perlu menjalankan siasatan secara adil, berani dan tidak terikat dengan mana-mana kecenderungan politik,” katanya.

Loading...

Raja Petra menerusi potral Malaysia Today sebelum ini menerbitkan beberapa artikel yang memaparkan kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas terowong dan projek jalan raya dengan anggaran RM6.3 bilion.

Berdasarkan artikel-artikel tersebut, beberapa bekas Exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen tersebut.

Sumber:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...