
ڤنولاكن ضرورت: محي الدين صفةكن تيته اڬوڠ سباڬاي ءڤنداڤتء توانكو
Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam menyiifatkan titah Yang Di-Pertuan Agong yang memutuskan untuk tidak melaksanakan Darurat di seluruh negara bagi memerangi ancaman wabak Covid-19 sebagai “pendapat” Baginda Tuanku.
Menerusi kenyataan rasmi yang dipaparkan di laman web Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan lstana Negara mengenai “pendapat” itu dan akan mengadakan perbincangan lebih lanjut.
Walaupun pihak Istana Negara berkata keputusan Yang Di-Pertuan Agong adalah berdasarkan pendapat Baginda Tuanku, adalah amat tidak sopan bagi Muhyiddin merujuk kepada keputusan itu sebagai ‘pendapat’ kerana keputusan akhir yang disampaikan oleh pihak Istana Negara kepada kerajaan adalah dalam bentuk “titah” Yang Di-Pertuan Agong, bukannya “pendapat” Yang Di-Pertuan Agong.
Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat atas nasihat Perdana Menteri sekiranya Baginda Tuanku berpuas hati wujud ancaman kepada keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan.
PETALING JAYA: Perdana Menteri Tan Seri Muhyiddin Yassin semalam menyiifatkan titah Yang Di-Pertuan Agong yang memutuskan untuk tidak melaksanakan Darurat di seluruh negara bagi memerangi ancaman wabak Covid-19 sebagai “pendapat” Baginda Tuanku.
Menerusi kenyataan rasmi yang dipaparkan di laman web Jabatan Perdana Menteri, Muhyiddin berkata, Jemaah Menteri mengambil maklum kenyataan lstana Negara mengenai “pendapat” itu dan akan mengadakan perbincangan lebih lanjut.
Kenyataan Muhyiddin dibuat susulan mesyuarat khas di Istana Negara petang semalam di mana Yang Di-Pertuan Agong berjumpa dengan Raja-Raja Melayu bagi menghalusi permohonan Muhyiddin untuk melaksanakan darurat mengikut Perkara 150(2B) Perlembagaan Persekutuan.
Walaupun pihak Istana Negara berkata keputusan Yang Di-Pertuan Agong adalah berdasarkan pendapat Baginda Tuanku, adalah amat tidak sopan bagi Muhyiddin merujuk kepada keputusan itu sebagai ‘pendapat’ kerana keputusan akhir yang disampaikan oleh pihak Istana Negara kepada kerajaan adalah dalam bentuk “titah” Yang Di-Pertuan Agong, bukannya “pendapat” Yang Di-Pertuan Agong.
Artikel 150 Perlembagaan Persekutuan memberikan kuasa sepenuhnya kepada Yang di-Pertuan Agong untuk mengisytiharkan Darurat atas nasihat Perdana Menteri sekiranya Baginda Tuanku berpuas hati wujud ancaman kepada keselamatan, kehidupan ekonomi atau ketenteraman awam di dalam Persekutuan.
Berdasarkan titah Yang di-Pertuan Agong, amat jelas Baginda Tuanku memerinci permohonan Muhyiddin dari sudut Perlembagaan Persekutuan dan mendapati tidak wujud sebarang ancaman yang boleh dijadikan asas bagi membuat pengisytiharan tersebut.
Walaupun Yang di-Pertuan Agong menzahirkan kepercayaan Baginda Tuanku terhadap keupayaan kerajaan untuk terus melaksanakan dasar dan tindakan penguatkuasaan bagi membendung wabak Covid-19, hakikatnya, penolakkan permohonan Darurat merupakan mesej jelas Muhyiddin harus menghormati proses-proses perundangan dan urus tadbir persekutuan sepertimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Juesteru, Yang di-Pertuan Agong secara tidak langsung menidakkan penangguhan sidang parlimen dan pembentangan Belanjawan 2021 serta proses pengundian Belanjawan tersebut menurut lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan walaupun Baginda Tuanku menekankan pentingnya Belanjawan itu bagi rakyat jelata.
Penolakkan permohonan Darurat turut bermakna Yang Di-Pertuan Agong tidak yakin bahawa penularan wabak Covid-19 memerlukan kuasa lebih diberikan kepada Perdana Menteri untuk mengambil langkah-langkah tertentu kerana Muhyiddin sehingga kini tidak terkekang langsung untuk melakukan apa yang patut bagi memerangi wabak Covid-19 yang diakuinya sendiri berada pada tahap “terkawal.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
