
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
ڤنوبوهن مڤن د باوه ستروكتور كراجأن سام بوكن ڤڽلساين تاڠني مسئله نڬارا
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera
1. Sejak lebih setahun yang lalu MALAYSIA sudah ditimpa dengan masalah DARURAT POLITIK, di mana cabang EKSEKUTIF yang merangkumi Perdana Menteri dan Jemaah Menteri menghadapi defisit keyakinan di kalangan majoriti Rakyat Malaysia tentang kebolehan melaksanakan tadbir urus negara dengan EFISIEN dan CEKAP kerana sering dicengkam tekanan dalaman Kerajaan sendiri terutamanya daripada UMNO, apatah lagi dengan tekanan luaran berkaitan kehilangan sokongan majoriti yang dipegang oleh Perdana Menteri.
2. Dalam hal keadaan itu hakikat sebenarnya adalah Kerajaan TIDAK BOLEH BERFUNGSI untuk fokus dalam menghadapi apa bentuk permasalahan lain yang dihadapi Rakyat berkaitan pandemik COVID-19 mahupun masalah sara hidup rakyat pada masa ini. Itulah HAKIKAT SEBENAR!
3. Hatta, apa sekalipun percubaan Kerajaan ini untuk cuba menghadapi permasalah negara kini, TIDAK AKAN BERJAYA, malah AKAN GAGAL disebabkan defisit keyakinan, yakni DARURAT POLITIK yang sudah lama wujud.
4. Oleh kerana itulah pelbagai bentuk PKP yang dihidangkan kepada Rakyat terjejas akibat kelonggaran dan ketidakpatuhan oleh beberapa Menteri dalam Kerajaan sendiri yang membuat pelbagai perubahan polisi dan pengecualian kepada PKP, sehinggakan keputusan akhir adalah AMAT MENGECEWAKAN dalam menangani pandemik COVID-19 mahupun permasalahan sara hidup Rakyat.
5. Sudah lama cadangan berkaitan adanya sebuah MAJLIS BEBAS dengan pakar-pakar yang perlu ditubuhkan untuk FOKUS tadbir urus negara berhubung pandemik COVID-19 dan permasalahan sara hidup Rakyat, serta masa;ah-masalah sosial lain yang berkaitan, dibangkitkan oleh segolongan masyarakat negara dari masa ke semasa.
6. Namun, apa yang penting adalah MAJLIS BEBAS ini hendaklah mempunyai KUASA EKSEKUTIF PENUH, dan BEBAS daripada penglibatan ataupun campurtangan oleh Kerajaan sedia ada, untuk ianya berjaya.
7. Bagaimanakah boleh MAJLIS BEBAS ini berfungsi sekiranya keputusannya perlu diterima dan dilaksanakan oleh Kerajaan sama yang dilihat dan terbukti GAGAL dalam mengatasi permasalahan ini ?! Semestinyalah, konsep seperti ini akan juga mencapai KEGAGALAN yang tidak lagi boleh ditanggungi oleh Rakyat Malaysia!
8. Pada hari semalam, Jumaat 16.07.2021 MALAYSIAKINI bertajuk “Majlis Pemulihan Negara ganti JKKPPN kukuh strategi kawal Covid-19” telah melaporkan:
“Mesyuarat kedua Jawatankuasa Khas Kabinet Pelan Pemulihan Negara (JKKPPN) yang berlangsung hari ini setuju menggantikan badan itu dengan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang akan dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.
Menteri Kewangan merangkap Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata keputusan itu diambil bagi memastikan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) berjalan lancar dan mengukuhkan lagi strategi kawalan wabak Covid-19 secara holistik.”
(Laporan penuh MALAYSIAKINI 16.07.2021 bertajuk “Majlis Pemulihan Negara ganti JKKPPN kukuh strategi kawal Covid-19” adalah dimuat naik di Ruang Bawah)
9. Kerajaan ini yang diterajui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN wajib sedar bahawa tidak ada apa yang boleh diperbetulkan dengan menukat NAMA entiti itu sahaja, melainkan satu PERUBAHAN DRASTIK kepada entiti itu sebenar-benarnya dilakukan, bak kata biasa “Apa ada pada nama??!!”
10. Kerajaan ini yang diterajui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN wajib menerima hakikat bahawa mereka tidak boleh lagi memegang dan mencengkam kepada KUASA EKSEKUTIF lagi, dan ianya wajib diserahkan seperti yang dihujahkan sebelum ini, kepada satu MAJLIS BEBAS yang sebenar, sekiranya Kerajaan ini ada KEIKHLASAN dan KEJUJURAN untuk menyelesaikan kesemua masalah Rakyat dan negara pada masa genting ini!!
11. Kerajaan ini yang diterajui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN wajib menerima hakikat bahawa DARURAT POLITIK yang dialami sekarang adalah punca kepada deretan masalah perpanjangan pandemik COVID-19 dan sara hidup Rakyat sekarang ini.
12. Dalam erti kata lain, DARURAT KESIHATAN COVID-19 yang dipohon Kerajaan pada 23.10.2020 dan 11.01.2021 dan yang diperkenankan oleh KeBawah Duli YDP AGONG pada 12.01.2021 BUKANLAH PENYELESAIAN kepada masalah negara, sekiranya keisimewaan yang ada semasa DARURAT tidak digunapakai dengan sebaiknya oleh Kerajaan sedia ada untuk menggubal ORDINAN tertentu yang dapat meringankan beban sara hidup Rakyat dan membantu menyelesaikan penerusan pandemik COVID-19, kesemua cadangan yang mana juga telah diutarakan kepada Kerajaan dari masa ke semasa, namun GAGAL diikuti oleh Kerajaan ini.
13. Hatta, Kerajaan ini yang diterajui Perdana Menteri TS MUHYIDDIN YASSIN wajib mengambil langkah terhormat, walau sepedih mana sekalipun, namun demi Rakyat dan negara, untuk menyerahkan terus KUASA EKSEKUTIF kepada KeBawah Duli YDP AGONG untuk diletakkan dengan satu MAJLIS BEBAS di atas apa nama sekalipun, yang terdiri daripada negarawan-negarawan tersohor dan pakar-pakar daripada bidang-bidang yang perlu, untuk meletakkan prioriti negara ke arah penyelesaian DARURAT POLITIK dan DARURAT KESIHATAN serta EKONOMI ketika ini.
14. Itulah tindakan terhormat yang Rakyat nanti-nantikan daripada Kerajaan ini, sehingga kini, tetapi berapa lamakah Rakyat sanggup dan boleh, untuk menanti sahaja !!
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
WAJIB BACA:
Muhyiddin leading NRC is the story of a failed man playing filthy politics to confuse the Agong
