Penubuhan Pemantau Malaysia Baru

Dato’ Lokman Adam

Assalamualaikum w.b.t. Dan
Salam Sejahtera

Alhamdulillah, perhimpunan  pertama kami hari ini telah berjaya mengegarkan Ibu Pejabat SPRM bersama anak-anak muda dan rakyat Malaysia yang cintakan Agama, Bangsa dan Negara.

Atas permintaan ramai supaya kita ada struktur yang tersusun, maka saya selaku Presiden Suara Generasi Terbilang dan Dato’ Azwanddin Hamzah, Presiden Jaringan Melayu Malaysia telah sepakat untuk menubuhkan PEMANTAU MALAYSIA BARU yang terdiri daripada NGO-NGO atau individu yang secara sukarela ingin bersama dalam perjuangan ini.

Pemantau Malaysia Baru qkan bertindak memantau Kerajaan Pakatan Harapan terutamanya dalam memastikan mereka menunaikan janji-janji yang telah mereka keluarkan sebelum PRU14.

Sehubungan dengan itu, NGO atau individu yang berminat untuk bersama kami, sila whatapp Nama Penuh atau Nama Pertubuhan, No HP atau No Contact Person, No K/P, Alamat dan hantar ke 0135068893 Hamdan Mohd Salleh.

Sekian.  Semoga perjuangan kita ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga Pemerintahan Negara ini tidak lagi boleh bertindak sesuka hati dan sentiasa mentadbir dengan adil, saksama dan sentiasa mengutamakan rakyat.  Terima kasih.

LOKMAN ADAM
Pemantau Malaysia Baru

Comments

Comments



Loading...