
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, polis sudah memanggil penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, semalam, bagi membantu siasatan berhubung penerbitan naskah berkenaan.
“Satu atau dua individu lagi akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat. Kita masih belum pasti apa bentuk kesalahan dalam kes ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Ride Bersekutu 2019 di Dataran Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan kementeriannya mendapati kandungan komik mempunyai perkara tidak benar.
“Kita tahu pengarangnya. Saya akan arahkan untuk memanggil dan dapatkan penjelasan serta penerangan daripadanya,” katanya
KUALA SELANGOR: Polis sudah memanggil penulis komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, semalam, bagi membantu siasatan berhubung penerbitan naskah berkenaan.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata, pihaknya akan memanggil satu atau dua lagi individu yang mempunyai kaitan berhubung penerbitan komik berkenaan.
“Petang semalam, individu bertanggungjawab terhadap naskah ini sudah hadir ke Bukit Aman untuk memberi keterangan.
“Satu atau dua individu lagi akan dipanggil bagi memberi keterangan dalam masa terdekat. Kita masih belum pasti apa bentuk kesalahan dalam kes ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Ride Bersekutu 2019 di Dataran Puncak Alam, Kuala Selangor, hari ini.
Hadir sama, Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB), Tan Sri Rozali Ismail dan Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Khairul Anwar Bachok.
Program dengan penyertaan kira-kira 1,000 motosikal berkuasa tinggi bertujuan mempromosikan kempen keselamatan jalan raya di samping mengerat silaturahim.
Abdul Hamid berkata, selepas merakam keterangan semua pihak, kertas pendakwaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilaporkan berkata, siasatan wajar dibuat selepas hasil laporan awal Bahagian Keselamatan kementeriannya mendapati kandungan komik mempunyai perkara tidak benar.
“Ikut laporan awal Bahagian Keselamatan KDN, ada perkara tidak betul dalam komik itu, sebab itu wajar tindakan tegas diambil ke atas mereka yang menerbit dan mengedarkan komik berkenaan.
“Kita akan panggil mereka (yang menulis) dan dapatkan keterangan lanjut. Kita pun tidak boleh ambil tindakan terburu-buru, jadi kita akan siasat.
“Kita tahu pengarangnya. Saya akan arahkan untuk memanggil dan dapatkan penjelasan serta penerangan daripadanya,” katanya
Sumber:
Note: Sila klik butang “notification” untuk dapatkan pemberitahuan setiap kali artikel diterbitkan
Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don’t need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).
FOLLOW US ON TELEGRAM AND TWITTER:
TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
TELEGRAM: Rosdzaman Dato’ Hj Mohd Yusup
TELEGRAM: Norismail Sarbini
TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)
WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com
