Penyakit Ta’asub Lampau Bakal Lumpuhkan Pembangkang

Raggie Jessy Rithaudeen

Keta’asuban lampau di kalangan penyokong mana-mana parti adalah jaminan bahawa parti itu tidak akan mengekalkan tahap sokongan yang ada untuk tempoh lama.

Penta’asub kurang berfikir dan lebih beremosi. Mereka terlalu menumpukan tenaga kepada ‘serangan balas’ terhadap sesiapa yang berbeza pandangan.




Mereka akan golongkan sesiapa yang berpandangan berbeza sebagai ‘musuh’. Jika perjuangan parti itu bertunjangkan Agama, maka ‘musuh’ itu dicap sebagai ‘musuh Agama’.

Penta’asub akan mencari apa jua alasan untuk ‘melondehkan’ musuh, dan bila pemimpin parti mencipta naratif, mereka akan terus menggunakan naratif itu sebagai modal serangan biarpun naratif itu mengarut.

Mereka melihat segala apa yang keluar dari mulut pemimpin parti menerusi kaca mata keta’asuban dan percaya bahawa semua yang dikatakan itu benar belaka.

Bila jumlah penta’asub terlalu ramai, pemimpin parti sendiri teruja dan yakin bahawa mereka berada di landasan benar.

Akhirnya, semua akan duduk bertapa di dalam cengkerang kealpaan dan kejahilan sambil menikmati gelora keta’asuban ke tahap menggila.

Bila mata dipejam dan keta’asuban menggila, semua merasakan diri mereka terlalu kuat dan benar, dan tidak ada sesiapa yang boleh menandingi mereka atau bersifat “lebih benar dari mereka.”

Bila dah rasa diri terlalu benar, segala bentuk pemikiran kritis atau toleransi yang mungkin pernah wujud akan diganti dengan kebencian lampau terhadap sesiapa yang berbeza pandangan.

Loading...

Pada tahap ini, golongan muda yang berfikiran progresif akan mula tertanya-tanya jika parti yang didukung oleh ibu bapa atau sanak-saudara mereka selama ini sudah dilanda penyakit kronik.

Pertanyaan ini akan beransur-ansur menghalakan mereka ke kawasan pagar untuk mendengar sendiri apa yang benar-benar diperkatakan oleh pihak di seberang sana.

Rasanya saya sedang menyaksikan perkara ini berlaku di persekitaran pembangkang.

#AyerKuning



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...